Sekiranya BQ tuan adalah provisonal quantity atau kuantiti sementara maka pihak tuan perlu memuktamadkan kuantiti tersebut (kurang atau pun tak pakai) dengan hanya memadai melalui pengisian borang Pelarasan Harga Kontrak (PHK).
Namun sekiranya BQ tuan adalah fixed quantity atau tidak menunjukan perkataan provisional quantity maka pihak tuan hendaklah mengisi borang Arahan Perubahan Kerja (APK) dan mencatatkan pengurangan kos (sama ada kuantiti kurang atau tak pakai) di borang tersebut.
Selepas SO/PD menandatangani borang APK (kurangan) tersebut, pihak tuan perlu memuktamadkan APK tersebut sebaik sahaja kerja kurangan di tapak itu telah siap sepenuhnya dengan mengisi borang Pelarasan Harga Kontrak (PHK) pula. Jika APK itu ada perubahan lagi, pihak tuan boleh laras kuantiti muktamad di PHK tetapi jika APK itu tiada perubahan sama ada kos ataupun kuantiti maka pihak tuan hanya perlu catatkan RM0.00 pada PHK tersebut.