Syarat-syarat Kontrak mensyaratkan sebarang tindakan berdasarkan Klausa Penamatan Kontrak perlu dilaksanakan oleh Pegawai Yang Dinamakan (PYD) dalam Kontrak. (yg selalunya bukan juga seorang SO). Oleh yang demikian, CCP memang tidak mempunyai kuasa secara kontraktual. Walaubagaimanapun, sebagai penjawat awam, kita masih tertakluk kepada arahan/prosedur Kerajaan yang mempunyai objektif2 tertentu bagi memastikan kepentingan Kerajaan. Malah PYD juga boleh mendapatkan pandangan terutamanya dari segi perundangan sebelum mengeluarkan NUTP.