Setiap kali lawatan ke Bangunan Projek JKR, "Objek Konkrit Berpetak" yang berada di atas jalan dalam kawasan tapak tersebut selalunya mencacatkan pemandangan. Walaupon pada dasarnya kepentingan Objek ini yang dikenali sebagai "MANHOLE" amatlah penting bagi tujuan utiliti samada bagi tujuan sistem perpaipan pembentungan, sambungan elektrik, telefon dan sebagainya.
Namun, Lokasi kewujudan lubang ini agak menyakitkan mata, malah boleh mendatangkan bahaya kepada semua pihak jika lokasinya di atas jalan raya Utama. itu di Jalan Utama, bukan sahaja mendatangkan kecederaan, malah boleh membawa maut.
Bagi sesebuah Projek, bagaimanakah lokasi lubang ini sepatutnya ditentukan? perlukah mengambilkira nilai-nilai estetika dan juga kewajaran lokasinya?
Kita tidak mahu lagi lubang-lubang ini ditonjolkan dengan bangganya di atas jalan lagi. Apakah tiada cara lain atau kedudukan rekaan lubang ini perlu disembunyikan sedikit dari pandangan mata?