search
Log In
12 votes
800 views
Rekabentuk sesuatu projek seperti projek Jalan di JKR begitu banyak yang kurang memuaskan. Banyak aduan dan keluhan daripada rakyat selepas projek disiapkan. Kenapa JKR tidak mengemukakan kaji selidik kepada masyarakat setempat atau pengguna? Sebagai Contoh: Kubur terpaksa dialihkan untuk pembangunan jalan raya..
in Assets & Facilities Management 1,290 points 4 8 17
edited by

5 Answers

3 votes
Ada sesuatu projek jalan itu hanya diketahui kewujudan kubur setelah kontraktor memasuki tapak dan penduduk baru membuat tuntutan dengan kontraktor. Sepatutnya perkara ini dapat digarap di dalam pelan leaut ukur tanah lagi untuk untuk tujuan diambil balik tanah oleh pejabat tanah dan dijadikan tanah persekutuan oleh pesuruhjaya tanah persekutuan dengan dikeluarkan borang K setelah selesai perbicaraan tanah.
42,830 points 28 107 208
3 votes
Bagi sesuatu projek bangunan pula yang melibatkan juga sebahagian kecil jalan dan kerja kejuruteraan awam adalah didapati perekabentuk adalah baru 2 ke 3 tahun sahaja berkhidmat dan projek belum didalam peringkat pembinaan lagi untuk membuktikan kesahihan rekabentuk mereka dan mereka tidak mengetahui dengan mendalam skop kerja jalan terpaksa juga merekabentuk jalan berhampiran dengan projek bangunan mereka maka kekurangan dan kelemahan tentunya akan berlaku.

Tambahan lagi kekangan masa yang singkat diberikan untuk menyiapkan rekabentuk dalam masa yang tertentu.
42,830 points 28 107 208
6 votes
kerana komponen penting, yakni social impact study tidak kita jadikan mandatori di dalam perancangan sesuatu rekabentuk jalan....
1,900 points 3 13 30
3 votes

Pada pandangan saya demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara tersebut kita harus:-

  • Melaksanakan desk study yang terperinci.
  • Adakan dialog dan perbincangan rapi dengan penlanggan demi memutuskan keperluan dan kehendak mereka supaya segala perancagan dan rekabentuk dapat dibuat dengan terbaik.
  • Laksanakan kerja-kerja ukur tanah yang comprehensive.
  • Laksanakan soil test di tapak dan lokasi yang tepat.
  • Merangkakan jejaran jalan yang betul selepas kesemua data-data penting telah diperolehi.
  • Pastikan pemilihan bahan pembinaan serta coraknya telah tersasar kepada kehendak dan keperluan pelanggan.
  • Kerap adakah mesyuarat dikalangan HOPT, HODT dan project team untuk merumuskan kaedah pembinaan yang terbaik.
48,740 points 106 194 351
2 votes
Saya bersetuju dengan pandangan supaya diadakan sesi community engagement/hebahan antara perekabentuk JKR dan ketua pimpinan masyarakat semasa fasa Desk Study bagi projek jalan. Social Impact Study juga perlu dimasukkan jika ia melibatkan kawasan penempatan atau kawasan bersejarah. Semua maklumat yang diperolehi membantu perekabentuk menentukan rekabentuk jalan raya yang lestari dan mesra pengguna.
6,100 points 13 35 82
...