Keperluan ICE di dalam projek Reka dan Bina telah termaktub di dalam Needs Statement skop kerja C&S. Pada dasarnya, keperluan ICE ini adalah untuk membantu JKR di dalam kerja penyemakan rekabentuk yang dilaksanakan oleh perunding yang dilantik oleh Kontraktor. Ini adalah untuk memastikan check and balance terlaksana dan tidak ada butiran yang telah tertinggal atau terlepas pandang.
Walaubagaimana pun, sekiranya skop kerja yang terlibat adalah mudah dan tidak kompleks, maka keperluan ICE ini boleh dibatalkan dengan persetujuan HODT.