search
Log In
4 votes
32 views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Soalan ini berkisar tentang pesanan tempatan (LO) dan tatacara pembayaran.

Permohonan LO bagi satu perkhidmatan makan minum mesyuarat telah diluluskan (Ogos 2019) dan pihak kewangan telah menerima invois bagi bayaran tersebut. Namun sehingga kini masih gagal membuat bayaran disebabkan pemilik pembekal telah meninggal dunia. Pihak kewangan juga telah memaklumkan bahawa bayaran boleh dibuat melalui Amanah Raya Berhad namun tidak dipersetujui oleh waris pembekal.

Jadi apakah pilihan yang ada agar bayaran boleh dibuat sebelum tarikh penutupan akaun bagi tahun 2019 iaitu 30 November 2019 ini selain daripada kos itu ditanggung oelh unit yang yang memohon.

Terima kasih.
in Miscellaneous 310 points 2 7

1 Answer

2 votes
Kalau tidak silap saya, sebarang bayaran kepada Perniagaan (perniagaan tunggal) yang perlu dilakukan pada kes serupa ini (tidak kira swasta atau badan kerajaan) adalah melalui Amanah Raya Berhad (ARB). Terpulang lah waris untuk menuntut hak mereka dengan ARB.
Ini kerana keupayaan/kuasa jabatan untuk memastikan ketulinan waris dan dalam hal ini ARB adalah lebih layak untuk tujuan tersebut.
34,630 points 18 61 148
...