search
Log In
7 votes
78 views

Dalam Jadual 6.2 BS 8110, tempoh untuk membuka acuan bahagian sisi (vertical) adalah dalam tempoh 12 jam. Manakala dalam Spesifikasi Kerja Bangunan JKR 2014, tempoh buka acuan sisi adalah dalam tempoh 3 hari. Terdapat perbezaan antara BS dan JKR Spesifikasi dalam membuka acuan sisi.   ( rujuk gambar di bawah). Soalan;

  • Spesifikasi Kerja Bangunan JKR 2014 bagi membuka acuan adalah merujuk panduan atau guideline mana?
  • Apakah suhu persekitaran mempengaruhi tempoh buka acuan?

*Nota - Terdapat projek swasta yang berpandukan BS8110 bagi membuka acuan

Jadual 6.2 - BS 8110 

Jadual D18 - JKR Spesifikasi Kerja Bangunan 2014

in Structure 880 points 6 9 16

2 Answers

7 votes
Apa yang dinyatakan di dalam BS8110 adalah tempuh mimimum. Apa yang terdapat di dalam spesifikasi piawai adalah dirujuk kepada spesifaki piawai yang lama. Perkara ini telah dibincang di dalam pengubalan spesifikasi yang baru dan keputusan telah diambil oleh Jawatankuasa Pengubal untuk mengekalkan kepada keperluan sediada. Ini adalah dengan mengambil kira, senario industri pembinaan negara di setiap pelusuk negara serta juga laporan-laporan audit teknikal yang telah dilaksana di seluruh negara.

Walaubagaimanapun, sekiranya pihak Kontraktor perlu untuk membuka formwork lebih awal dari yang dinyatakan di dalam spesifikasi, maka pihak kontraktor perlu membuktikan bahawa konkrit tersebut telah mencapai kekuatan yang sesuai utk pembukaan formwork sisi. Terdapat banyak penulisan kajian berkenaan dengan kekuatan konkrit utk pembukaan formwork sisi. Kebanyakannya mencadangkan kekuatan sebanyak 2.5 N/mm2. Walaubagaiamanpun, adalah menjadi tanggungjawab SO utk memastikan kerja adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
49,810 points 24 102 239
0
terima kasih tuan haji atas jawapan yang diberi.
4 votes
Semasa bersama dengan syarikat kontraktor dan melaksanakan projek pembinaan di Melaka dan bukan dikelola oleh JKR, jurutera residen (RE) pada ketika itu (O&L Jurutera Perunding) menetapkan tempoh pembukaan acuan adalah berdasarkan spek JKR dan bukan spek biasa untuk projek swasta (buka selepas 24 jam) atas alasan 'kawalan kualiti' dan jika kami (kontraktor) nak buka juga ikut BS atau spek piawai kerja swasta dia minta disertakan surat/memo pelepasan tanggungjawab berkaitan perkara tersebut dan tiada siapa yang berani nak keluarkan.

Secara kebetulan, semasa projek berjalan, berlaku keadaan di mana  konkrit salah satu panel papak dan rasuk (slab & beam/ second floor casting) yang telah dicast sehari sebeleum itu  telah tidak set walaupun setelah melebihi 30 jam. Keadaan ini menyebabkan papak konkrit tersebut akan berlubang jika kita tekan dengan paku atau pemutar screw tanpa mengunakan kuasa yang banyak. (hand driven).

Hasil siasatan kemudiannya oleh pembekal dan jurutera residen tersebut didapati terdapat kesilapan memasukkan jumlah 'retarding agent' sehingga menyebabkan proses penghidratan simen dilambatkan kepada beberapa hari. Oleh yang demikian, untuk menjaga kualiti, RE pada ketika itu memutuskan untuk mengunakan tempoh yang dicadangkan oleh spek JKR pada ketika itu.

Jadi pada pandangan saya, jika kualiti konkrit yang diterima adalah superb tanpa sebarang keraguan yang munasabah, pihak kontraktor boleh sahaja memohon untuk mengikut cadangan BS8110 atau untuk lebih meyakinkan guna sahaja cadangan spek JKR.
Selain memastikan konkrit telah mencapai kekuatan minima untuk dibuka, pengekalan kotak bentuk juga bertujuan memastikan proses curing 'pengawaten' dapat berlaku dengan maksima. Ini penting kerana proses penghidratan simen mengeluarkan haba dan jika permukaan tepi terdedah, air simen akan menjadi wap dan hilang dari konkrit yang mana akan memberi kesan kepada konkrit pada masa yang akan datang. (proses penghidratan menyebabkan nisbah air simen tidak sama dengan rekabentuk)
34,630 points 18 61 148
4
Apa yang perlu ditekankan adalah, sesuatu kerja mestilah berpandukan kepada keperluan kontrak dan ini termasuk spesifikasi yang disertakan. Cadangan utk penggunaan spesifikasi yang lain adalah merupakan deviation dari kontrak dan SO perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan persetujuan perubahan ini.

Permohonan dari kontraktor tidak semestinya dipersetujui oleh SO. Perlu juga diingat bahawa keperluan BS 8110 itu adalah berdasarkan senario pembinaan di UK dan adalah sama sekali tidak sama dgn dgn apa yg terdapat di negara ini.
...