Assalammualaikum tuan SME, izinkan saya memberi pandangan berkaitan soalan ini sebagai ruang untuk pembelajaran bagi diri saya dan pengguna lain Portal ini.
Ada yang memberi pandangan jenis-jenis ini dapat dikenali melalui corak pada bunga keluli tersebut. Namun saya merasakan cara paling baik ialah dengan menyemak tag pada setiap ikatan keluli yang sampai ke tapak bina (contoh dibawah) dan boleh juga disahkan dengan 'mild certificate' yang biasanya dikepilkan bersama dengan "Delivery Order" semasa penghantaran bahan ke tapak bina.
Namun jika masih terdapat keraguan tentang grade besi yang dihantar, sample secara rawak boleh lah diambil dan dihantar untuk ujian tensile. Antara tempat yang saya selalu menyaksikan ujian tensile ialah di IKRAM, Bangi dan Fakuliti Kejuruteraan awam di UiTM Shah Alam. Mungkin ada makmal yang lain yang memberikan perkhidmatan yang sama , tapi diluar pengetahuan saya.
Mohon diperbetulkan jika terdapat kesilapan. Terima kasih.
