Sepertimana sedia maklum, petender dikehendaki untuk mengemukakan 3 bulan penyata akaun bank berturut-turut bagi tujuan penilaian tender projek yang disertainya. Contoh, tender tutup pada 20 Julai 2019, maka, petender dikehendaki mengemukakan penyata bank bulan Jun, Mei dan April.
Petender telah mengemukakan 3 bulan penyata bank tersebut. Namun begitu, didapati penyata akaun bulan Jun, petender hanya mengemukakan penyata bank sehingga tarikh semasa penyata itu dicetak (pertengahan Jun) dan bukannya genap hujung bulan tersebut (hujung Jun).
Semasa penilaian tender, adakah pegawai penilai boleh mengambil maklumat dalam penyata akaun bulan Jun tersebut? Atau, tidak boleh memandangkan petender gagal mengemukakan maklumat penyata bank sehingga penghujung tarikh bulan tersebut.
Mohon pencerahan.