search
Log In
5 votes
44 views
Siapakah yang bertanggungjawap untuk melaksanakan proses pelupusan aset bangunan seperti menara komunikasi dan juga rumah pam yang tidak digunakan di kawasan cadangan tapak projek?

Sekiranya Sijil Kelulusan Pelupusan Aset Tak Alih telah diperolehi, adakah kerja meroboh boleh dimasukkan di dalam dokumen kontrak projek tersebut?
in Fixed Asset (Tak Alih) 14,320 points 20 40 108

1 Answer

4 votes
Pada pandangan saya, pemilik aset adalah bertanggung-jawab utk memulakan proses pelupusan aset. Selagi pelulupusan aset belum diluluskan, adalah menjadi satu kesalahan utk melupuskan aset tersebut. Dan sekiranya telah diluluskan, ianya boleh dimasukkan di dalam skop kontrak untuk meroboh aset tersebut.
49,810 points 24 102 239
1
Ya Tuan, permasalahan di sini pihak pelanggan menyatakan aset tersebut tidak di daftar maka boleh dirobohkan begitu sahaja.  Impaknya peruntukkan yang disalurkan untuk projek tersebut tidak mencukupi dan terpaksa dicatu atau dikurangkan skop.  Jika skop kerja roboh di masukkan dalam kontrak, maka kos akan meningkat.
2
Pada pandangan saya, walaupun ianya tidak berdaftar tetapi sekiranya aset tersebut dibina dengan menggunakan sumber kerajaan, maka pihak pelanggan wajib mendaftar terlebih dahulu sebelum ianya dirobohkan. Sekiranya pembangunan dilaksanakan tanpa menggunakan sember kerajaan, maka kerja perobohan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja.

Jika skop meroboh perlu dimasukkan ke dalam kos projek, ianya adalah masalah yang berasingan yang mesti diselesaikan oleh pihak pelanggan sekiranya bajet tidak mencukupi memandangkan ianya sepatutnya dimasukkan ke dalam brif projek.
1

terima kasih di atas pandangan pihak tuan, saya sedang prepare surat kepada pelanggan untuk perkara/isu ini smiley

...