Pada pandangan saya, walaupun ianya tidak berdaftar tetapi sekiranya aset tersebut dibina dengan menggunakan sumber kerajaan, maka pihak pelanggan wajib mendaftar terlebih dahulu sebelum ianya dirobohkan. Sekiranya pembangunan dilaksanakan tanpa menggunakan sember kerajaan, maka kerja perobohan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja.
Jika skop meroboh perlu dimasukkan ke dalam kos projek, ianya adalah masalah yang berasingan yang mesti diselesaikan oleh pihak pelanggan sekiranya bajet tidak mencukupi memandangkan ianya sepatutnya dimasukkan ke dalam brif projek.