Salam dan selamat sejahtera,
Pada pendapat saya, penyediaan anggaran kos sesebuah projek perlu mengambil kira keperluan kos utiliti seperti kos TNB, TMB serta Pengurusan Air. Disamping itu, keperluan pengguna akhir perlu di ambil kira semasa brief projek dilaksanakan.
Diantara penyebab utama Kos PDA semasa melebihi Kos Asal PDA yang diluluskan adalah tiada interaksi diantara pelanggan utama dengan pengguna akhir sesebuah projek dan keperluan kos utiliti kurang ambil kira bagi sesebuah projek.
Pendapat saya, semasa peringkat perancangan sesebuah projek, perbincangan diantara pihak pelanggan utama, pengguna akhir dan perunding perlu mengambil kira keperluan yang penting bagi semua pihak termasuk keperluan utiliti bagi sesebuah projek mengikut kos yang relevan.
Dengan cara ini, tidak akan berlaku kelewatan proses perolehan dan v.o bagi sesebuah projek dapat dikurangkan.
Sekian terima kasih.