search
Log In
6 votes
59 views
in Assets & Facilities Management 2,000 points 2 10 23

1 Answer

2 votes
Penentuan sesuatu perolehan samada ianya perolehan kerja atau perkhidmatan bergantung kepada skop kerja yang terlibat di dalam kontrak berkenaan. Sekiranya kontrak pengurusan fasiliti berkenaan ada melibatkan elemen pemasangan atau pembinaan, ianya hendaklah menggunakan perolehan kerja dengan menggunakan syarat kontrak kerja JKR 203.... dengan mengambilkira bahawa sekiranya berlaku kecacatan, kontraktor bertanggungjawab membaiki di dalam tempoh kecacatan (DLP).  Perlu diingat bahawa di dalam kontrak perkhidmatan, tanggungan dan obligasi kontraktor tamat setelah perkhidmatan diterima pihak klien kecuali waranti dari pembekal sahaja.

Sebagai pelaksana, pihak PP perlu bijak menentukan kategori perolehan kontrak pengurusan fasiliti supaya peringkat pelaksanaan tidak timbul masalah sekiranya berlaku kecacatan dan pihak yang akan bertanggungjawab ke atas membaiki kecacatan dan seterusnya kepentingan kerajaan terjaga,
2,740 points 3 14 39
...