search
Log In
7 votes
30 views
Merujuk kepada Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 setiap penjana sisa bertanggungjawab untuk mengklasifikasikan sisa buangan yang dihasilkan dan perlu menguruskan buangan terjadual tersebut mengikut peraturan yang ditetapkan.

Di setiap pembinaan projek JKR terdapat penghasilan BT yang terhasil daripada mesin, jentera dan bahan binaan. Adakah setiap BT ini diuruskan mengikut peraturan yang ditetapkan dan adakah setiap pegawai JKR sedar tentang keperluan pemantauan pengurusan BT ini di tapak bina?
in Quality Management 3,300 points 4 13 24

1 Answer

3 votes
 
Best answer
Tuan,

Berdasarkan pengetahuan saya, keperluan pemantauan pengurusan BT di tapak bina ada dinyatakan di dalam BQ untuk kerja-kerja alam sekitar. BQ piawai ini ada disediakan oleh Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga (CASKT) untuk dimasukkan ke dalam keperluan kontrak bagi projek-projek di JKR. Kontraktor dan Pengurus Projek sewajarnya sedia maklum bagi keperluan pengurusan BT ini mengikut peraturan yang ditetapkan di tapak bina.
500 points 1 6
selected by
0

Terima kasih atas perkongsian, Pn @hawaliza yes

...