Hot rolled steel adalah menggunakan section yang standard dan berpandukan kepada keperluan BS dan EN sediada. Ini amat berbeza dengan cold form, dimana setiap section yang digunakan adalah berbeza dan bergantung dengan system provider yang terbabit. Sehubungan dengan itu, penggunaan cold form roof trusses adalah dikawal dari setap aspek pembekalan, rekabentuk sehingga ke pemasangan di mana hanya system provider yang diluluskan dan disenaraikan sahaja yang dibenarkan untuk mengambil bahagian di dalam projek JKR.
Manakala penggunaan hot rolled steel pula tidak perlu mendapat kelulusan CKAS, pihak SO hanya perlu memastikan segala bahan yang digunakan adalah berpandukan kepada spesifikasi dan rekabentuknya pula berpandu kepada MS EN 1993 ataupun BS 5950.
Mengenai harga pula, saya tidak akan ulas dan adalah diluar bidang saya.