search
Log In
12 votes
87 views
Sejauh manakah keberkesanan CI dalam menentukan kompetensi seseorang pegawai? Adakah soalan yang diberikan relevan dengan tugas hakiki seseorang pegawai?
in Human Resource Management 220 points 2 2 5

2 Answers

3 votes
CI yang ada kini adalah baik untuk menilai gap kompetensi seseorang pegawai. Namun, ianya mempunyai ruang yang banyak utk penambahbaikan. Penilaian ditempat bertugas boleh lagi diperhalusi memandangkan ianya juga masih terlalu am dan kompetensi yang diperlukan adalah melebihi dari keperluan kerja.

Namun, ianya masih digunakan utk menilai keperluan latihan seseorang pegawai buat masa kini
50,150 points 24 102 239
3 votes
Keberkesanan CI adalah bergantung kepada pegawai yang mengisinya serta pegawai atasan yang mengesahkan tahap kompetensi staf di bawah seliaannya. TNA akan lebih tepat sekiranya data dari CI digunakan bagi membuat perancangan POL di setiap cawangan dan dilaporkan kepada pihak CREaTE untuk mengadakan kursus seperti yang diperlukan bagi meningkatkan jurang kompetensi setiap staf.

Bagi sistem CI tersebut kebanyakkan soalan telah disusun merujuk kepada Job Group yang telah ditetapkan mengikut tahap kompetensi yang diperlukan. Pendapat saya, aplikasi CI ini sangat membantu pihak pengurusan JKR dalam merancang kursus serta program yang dapat meningkatkan tahap kompetensi staf dan pegawai JKR dari semasa ke semasa.

Selain itu, dicadangkan supaya kamus kompetensi disemak semula bagi mewujudkan beberapa Job Group yang lebih sesuai dengan kerja hakiki serta keperluan kompetensi yang diperlukan di penempatan yang tiada dalam senarai kamus kompetensi tersebut supaya CI adalah relevan dari semasa ke semasa dan dapat mengukur tahap kompetensi dengan lebih tepat.
3,280 points 4 13 26
...