search
Log In
8 votes
33 views

Assalamualaikum, saya ada pertanyaan bagi Projek Reka dan Bina. Jika kerja-kerja sub-structure bagi sesuatu projek telah siap. Perlukah kontraktor menyerahkan model siap bina bersekali dengan lukisan siap bina untuk sub-structure bagi tujuan semakan? Ataupun kontraktor boleh menyerahkan model siap bina apabila model sub-structure dan super-structure siap?

Perlukah perkara ini ditekankan dalam BIM Project Execution Plan?

in BIM 1,150 points 3 8 20

1 Answer

4 votes
 
Best answer

Walaikumussalam..

Prosedur adalah sama sekiranya bukan projek BIM iaitu kontrkator perlu menyerahkan lukisan siap bina bagi kerja-kerja cerucuk tersebut.

Kebaikan penggunaan BIM dalam sesebuah projek adalah seperti berikut:

  1. Penjanaan lukisan siap bina bagi lokasi cerucuk melalui model
  2. Memasukkan maklumat kerja-kerja cerucuk ke dalam model BIM seperti maklumat kedalaman, maklumat aset, tarikh cerucuk ditanam,
  3. Lokasi cerucuk yang menjalankan ujian beban (MLT) dan PDA

Proses kerja perlu diterangkan di dalam dokumen BIM Project Execution Plan dan di dalam JK RBIM Requirment juga telah menyatakan kehendak bagi maklumat yang perlu dikemukakan semasa menyerahkan BIM Deliverables (model siap bina) kepada PP.

Unit BIM bersama BPPA sedang menghalusi dan menambahbaik prosedur penerimaan lukisan siap bina supaya ianya boleh diselaraskan dan diharmonikan sekiranya projek adalah secara BIM.

Wallahualam...

20,850 points 15 50 131
selected by
0

Terima kasih atas perkongsian Ir @FaizS yes

...