Walaikumussalam..
Prosedur adalah sama sekiranya bukan projek BIM iaitu kontrkator perlu menyerahkan lukisan siap bina bagi kerja-kerja cerucuk tersebut.
Kebaikan penggunaan BIM dalam sesebuah projek adalah seperti berikut:
- Penjanaan lukisan siap bina bagi lokasi cerucuk melalui model
- Memasukkan maklumat kerja-kerja cerucuk ke dalam model BIM seperti maklumat kedalaman, maklumat aset, tarikh cerucuk ditanam,
- Lokasi cerucuk yang menjalankan ujian beban (MLT) dan PDA
Proses kerja perlu diterangkan di dalam dokumen BIM Project Execution Plan dan di dalam JK RBIM Requirment juga telah menyatakan kehendak bagi maklumat yang perlu dikemukakan semasa menyerahkan BIM Deliverables (model siap bina) kepada PP.
Unit BIM bersama BPPA sedang menghalusi dan menambahbaik prosedur penerimaan lukisan siap bina supaya ianya boleh diselaraskan dan diharmonikan sekiranya projek adalah secara BIM.
Wallahualam...
