search
Log In
6 votes
43 views
Seperti yang sediamaklum VIsi dan Misi JKR Malaysia telah menrangkumi pengurusan aset dan projek namun berdasarkan pelan strategik skop pengurusan aset sangat sedikit seolah-olah kita masih belum bersedia menanggung visi dan misi kita. Khidmat seperti kontrak pengurusan fasiliti juga tidak dinyatakan. Persoalannya adalah adakah kita betul bersedia untuk berhadapan dengan Pengurusan Aset Menyeluruh ?
in Fixed Asset (Tak Alih) 2,230 points 5 14 23

2 Answers

5 votes

Sekadar berkongsi pandangan.....

Kita tidak mempunyai pilihan......sememangnya JKR perlu laksanakan konsep Pengurusan Aset Menyeluruh oleh kerana proses TPATA tetap perlu dilaksanakan dan merekodkan semua aset tak alih itu kedalam sistem MySPATA. Susulan kepada itu dalam pusingan kitaran hayat aset kita memang telah disediakan Cawangan yang berkaitan untuk takbir urus aset tersebut sehingga ia dilupuskan.

48,740 points 106 194 351
edited by
4 votes

Sekadar perkongsian

Visi dan Misi JKR bersifat holistik. Kerangka Pengurusan Aset Menyeluruh bagi Aset Tak Alih melibatkan Kitaran Hayat Aset yang merangkumi Pengurusan Projek dan Pengurusan Penyenggaraan. Pelaksanaan Pengurusan Perubahan (Change Management) memerlukan kerjasama semua pihak di JKR dan kesemua  Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dalam merubah paradigma menguruskan aset tak alih yang lebih efektif serta bertunjangkan matlamat Kerajaan dalam memastikan setiap peruntukan yang disediakan untuk mewujudkan aset dan pengoperasian aset tak alih memberi pulangan yang baik kepada pihak Kerajaan dan juga kepada Rakyat. 

Menggunakan konsep bongkah 'Iceberg', setiap perancangan untuk membangunkan (mewujudkan) aset tak alih (bangunan, jalan, aset air, aset pembentungan) baharu perlulah mengambil kira kos untuk menyenggara selama tempoh jangka hayat aset tak alih tersebut. Sekiranya tiada kemampuan untuk menyediakan peruntukan penyenggaraan yang mencukupi, maka pendekatan 'non asset solution' perlu diambil kira. Pendekatan ini bermaksud tiada keperluan untuk mewujudkan aset tak alih baharu, hanya menggunakan aset tak alih sedia ada. Aset tak alih sedia ada boleh dipanjangkan jangka hayatnya melalui kaedah Pemulihan, Ubahsuai dan Naik Taraf.

Selain itu, pemerkasaan pelaksanaan pemeriksaan bangunan-bangunan kerajaan perlu dipertingkatkan selaras dengan kehendak Perintah Am Bab E : Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan yang menyatakan bahawa:

V. TANGGUNGJAWAB JABATAN KERJA RAYA

J.K.R patut memeriksa/membaiki bangunan.(17)
27. Adalah menjadi kewajipan Jabatan Kerja Raya untuk memeriksa semua rumah dan bangunan Kerajaan dalam tiap-tiap daerah setahun sekali dan membaikinya sebagaimana yang diperlukan.

Melalui pemeriksaan ini, maka status fizikal aset tak alih dapat dikenalpasti dan menjadi rujukan dalam merencana pengurusan aset menyeluruh yang optimum.

Sekian, terima kasih.

770 points 3 3 9
1
setuju doc. harap pihak atasan lebih fokus dalam merangka pelan strategik 2021 nanti agar merangkumi semua aspek kitaran dan selari dengan misi dan visi JKRM.
...