Apa yang saya dapat simpulkan disini adalah pihak JKR sendiri bukanlah satu agensi yang dinamakan sebagai agensi berkanun yang mempunyai bidang penguatkuasaan ataupun mampu berhadapan jika terdapat situasi begini. Sekiranya keadaan sekarang ini berlaku di hadapan kita, adakah kita sendiri akan membawa perkara ini ke tahap yang lebih tinggi seperti melaporkan kepada Pejabat Tanah atau mengaturkan mesyuarat khas atas kejadian tersebut?Saya mengambil contoh pencerobohan tanah rizab jalan oleh peniaga-peniaga kecil, berapa banyak tindakan yang diambil sehingga ke hari ini jika tiada kerja-kerja berkaitan berlaku disitu seperti kerja pelebaran jalan dilakukan?