search
Log In
5 votes
47 views

Nak tanya berkenaan item cakar permukaan jalan. Betul ke untuk kerja resurface, perlu cakar permukaan jalan untuk dapatkan bonding antara jalan lama dan jalan baru? Atau cukup sekadar bersihkan jalan dan spray tack coat?

in Pavement 3,590 points 11 33 39

2 Answers

5 votes

 

Tidak perlu cakar, memadai dengan tack coat.

Bagi mendapatkan bonding yang baik dari tack coat itu, pastikan;

  1. Permukaan jalan lama itu bersih dan kering. Bersih dari tanah, habuk dan debu. JKR/SPJ menetapkan permukaan jalan lama itu dibersihkan dengan menggunakan power broom, selepas itu guna compressed air blower, dan jika perlu, dikikis dengan hand tools untuk buang dan bersihkan semua kotoran itu.
  2. Kadar semburan cukup dan sekata. Biasanya dalam range 0.25 - 0.55 liter/sq.m. Di luar negara, kadar semburan yang lebih tinggi disyorkan pada permukaan jalan lama; Asphalt Institute (sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditaja oleh ahli-ahli petroleum asphalt industry serata dunia untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna dan pengeluar bahan asphalt melalui program kejuruteraan, penyelidikan dan pendidikan) menyarankan 0.36 - 0.63 liter/sq.m manakala pada permukaan milling, kadar lagi tinggi sedikit iaitu 0.36 - 0.72 liter/sq.m. Sementara itu, California Department of Transportation menetapkan kadar semburan minimum 0.23, 0.32 dan 0.50 liter/sq.m masing-masing pada permukaan jalan baru, jalan lama dan permukaan milling. Bagi mendapatkan kadar semburan yang betul dan sekata, JKR/SPJ menetapkan guna pressure distributor lengkap dengan spray bar. Spray rate dikawal melalui kelajuan pressure distributor itu bergerak dan opening pada nozzle di spray bar itu. Bagi fasiliti atau di kawasan yang tidak boleh guna pressure distributor seperti kerb, manhole dan di laluan sempit, hand spray dibenarkan.
  3. Gred tack coat RS-1K. Pastikan kandungan minimum bitumen 50%. Jika kurang, ia bukan gred RS-1K iaitu kandungan air lebih banyak dan ini boleh menjejaskan bonding.
  4. Tack coat telah set (biasa ambil masa sekitar 1 jam semasa cuaca panas, perlu masa lebih lama jika cuaca mendung) sebelum turap.

Jika telah dicakar, adalah diingatkan kadar semburan tack coat perlu lebih tinggi dari biasa oleh kerana cakaran itu meningkatkan keluasan permukaan yang perlu dilitupi oleh tack coat itu.

Adalah diingatkan juga tujuan utama tack coat ialah untuk memastikan lapisan asphalt yang baru diturap melekat dengan baik pada permukaan turapan sedia ada. Bonding yang baik di antara mana-mana dua lapisan turapan adalah penting bagi membolehkan beberapa lapisan turapan yang membentuk struktur pavemen itu bertindak sebagai satu unit struktur yang kuat. Sekiranya bonding itu tidak kuat, setiap lapisan turapan itu akan berfungsi sebagai satu lapisan nipis secara berasingan yang tidak berupaya menahan beban trafik dan menyalurkan beban itu ke lapisan roadbase dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan berlakunya pelbagai kegagalan awal seperti slippage cracking, delamination, longitudinal cracking on wheelpaths, fatigue cracking, rutting, shoving dan potholes yang akan menjejaskan jangka hayat struktur pavemen itu.

 

15,910 points 4 30 81
1 vote
Setuju dengan jawapan dan penerangan en Hizam. Masa kerja resurface permukaan jalan sekitar Kula Lumpur dalam tahun-tahun 80 dan 90an saya tak nampak pulak aktiviti mencakar nie dilaksanakan. Tapi tak silap saya ianya mula popular selepas wujudnya mill & pave oleh konsesi lebuhraya dan bermulalah aktiviti tersebut tanpa garis panduan yang nyata.
Adakah cakaran itu benar-benar berkesan atau menjadi menyebab kegagalan struktur jalan pada masa hadapan juga tidak dapat diterangkan dengan jelas. Ini kerana kita semua ketahui kebanyakan jalan diturap dengan BC dan WC. Jadi bahagian mana yang sebenarnya perlu dicakar? Jika sekadar torehan pada WC, adakan terdapat kepastian tiada delimination akan berlaku akibat torehan tersebut?

Mungkin satu kajian perlu dilaksanakan dalam memberi panduan kepada pihak pemantau berkaitan avtiviti tersebut.

Terima kasih
34,630 points 18 61 148
...