Tujuan utama kursus dilaksanakan di CREaTE adalah untuk meningkatkan kompetensi warga JKR agar dapat meningkatkan produktivitinya dalam tugasannya di pejabat.
Bagi menjawap soalan samada kursus di CREaTE membantu peserta kursus atau tidak adalah perlu kepada ' facts and figure' yang boleh diperolehi dari kaji selidik Borang J (Penilaian Prestasi Staf Selepas Menghadiri Kursus) dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JKR. yang perlu disi oleh penyelia kepada peserta kursus selepas enam (6) bulan peserta menghadiri kursus.
Borang Lampiran J mengandungi empat (4) soalan umum iaitu soalan mengenai ::
(i) Kesesuaian latihan dengan kerja semasa staf,
(ii) Tahap penggunaan latihan dalam menjalankan tugas,
(iii) Peningkatan kualiti dan hasil kerja staf dan
(iv) Perubahan pada sikap positif staf.
Walaubagaimanpun borang J ini perlu penambahbaikan bagi memberikan maklumat yang lebih tepat .