search
Log In
4 votes
61 views
Adakah JKR mempunyai senarai planner CPM yang betul2 kompeten (dari luar) yang ditauliahkan @ certified oleh JKR untuk dijadikan rujukan oleh pegawai di tapak semasa kelulusan planner dibuat?(Contohnya auditor RSA)

Boleh dikatakan kebanyakan Planner CPM di tapak yg dilantik oleh kontraktor tidak kompeten (tangkap muat) dan tidak mampu melaksanakan pemantauan projek melalui kaedah CPM yang betul.

Sekiranya tiada lagi senarai ini, adalah diharapkan di masa hadapan dapat diadakan bagi memastikan budaya CPM yg betul wujud dalam projek JKR.

Terima Kasih
in Time Management 2,380 points 3 20 41
edited by

2 Answers

3 votes
Sekiranya schduler yang dilantik oleh pihak kontraktor adalah layak atau certified oleh JKR, pihak JKR perlu menganjurkan seminar atau kursus khas bagi kelayakan tersebut. Ini kerana ramai planner@scheduler di luar mempunyai kebiasaan bekerja di sektor swasta yang mana kepakaran mereka tidak menepati cara atau bidang kerja yang JKR perlukan. Selain daripada itu, warga JKR sendiri juga perlu pakar atau mempunyai ilmu dalam semakan program kerja. Ini kerana program kerja yang dihantar oleh pihak Kontraktor pada peringkat awalan adalah sebagai 'rubbish paper' untuk mereka melihat paras kepakaran kita dalam menyemak program kerja. Saya telah membuat beberapa sesi di mana beberapa perkara asas perlu di lihat semasa penyemakan program kerja ketika berada di JKR Selangor. Walau kita tidak tahu kesemuanya namun perkara yang perlu di lihat seperti Milestone, Prelime Item, Duration, S-Curve Physical VS Financial, Critical Items dan sebagainya perlu dilihat secara khusus. Contoh penggunaan Outline Code tidak dipratikkan di JKR namun perkara tersebut penting dalam menyelaras antara Cost Contract dan Physical Items. Ini kerana pecahan di dalam program kerja adalah berdasarkan Sequence of Work namun pecahan di BQ adalah berdasarkan kos dan quantity. Ini adalah tidak sama. Ini menyebabkan banyak S-curve fizikal dan kewangan mempunyai jurang yang banyak sehingga melebihi 10% perbezaan. Oleh itu, adalah langkah terbaik pihak JKR menganjurkan kursus atau seminar kepada semua kontraktor yang sedang atau belum pernah mengambil kerja dengan pihak JKR bagi memastikan keperluan yang dikehendaki oleh pihak kita dapat dicapai sebaiknya.

Sekadar perkongsian. Terima kasih.
11,870 points 4 29 82
1
Ini berbalik kepada soalan saya terdahulu iaitu mengapa walaupun sudah lama di pratikkan CPM ini di JKR.. tapi masih belum di peringkat matang... Pada pengetahuan saya , CPM ini telah di mula guna pakai semenjak tahun 1996 lagi atau mungkin few years back sebelum itu.
1

Saya rasa jawapan untuk persoalan itu pun pihak Puan sedia maklumwink

1 vote

Setahu saya, JKR belum adakan certified planner utk org luar dan belum juga ada certified planner / scheduling JKR. Yg JKR adakan hanyalah kursus scheduling kepada pegawai JKR supaya pegawai kita tahu menilai scheduling yg dikemukakan oleh pihak kontraktor kepada kita. 

Yg penting untuk JKR adalah 

  1. kekompetenan pegawai untuk menilai scheduling yg dikemukakan oleh pihak kontraktor kpd kita 
  2. kompetensi pegawai kita dalam menyediakan schedule dr peringkat awal lg iaitu dr peringkat penerimaan pelaksanaan projek sehingga serahan (HOPT), bukan scheduling dr peringkat pembinaan shj.

Scheduling atau kebanyakan menyebut CPM, sebenarnya mesti disediakan utk setiap projek. Projek di sini bermaksud projek fizikal dan non fizikil seperti event (bengkel, seminar, coloqium dan selainnya. Oleh yg demikian pada saya kita semua wajib kompeten dlm scheduling ini. 

Di sini ingin saya soalkan kembali kepada kita semua sebagai warga JKR. ADAKAH KITA SENDIRI TELAH MAHIR/KOMPETEN DALAM SCHEDULING? 

#letsimproveourself1st

3,110 points 2 14 40
0
Terima Kasih Pn.
Menjawab pada soalan. Jika officer JKR kompeten sekali pun namun planner yang dilantik oleh kontraktor tidak kompeten. Masalah tetap akan berlaku. Kita di site terlalu banyak beban tugas yg perlu dilaksanakan dan tidak perlu dihuraikan disini. Kita bukan semata 24jam mengadap CPM. Dan;

Sepatutnya diperingkat awal lagi kita dah control. JKR perlu dapatkan planner yg bagus utk menyediakan CPM dan seterusnya memantau CPM tersebut. (utk D&B).

Kalau peringkat awal lagi kita terima planner2 yg tk kompeten dari kontraktor kita akan lebih banyak kerja sedangkan bayaran berpuluh ribu ringgit dibuat.  CPM yg dihasilkan akan seperti ‘rubbish’.

Oleh itu adalah baik agar data planner yg kompeten dapat sediakan dimasa hadapan untuk dijadikan rujukan semasa proses kelulusan diberi kepada kontraktor.
Terima Kasih.
0
Saya bercadang adalah baik sekiranya pentauliah scheduler ini dilaksanakan oleh pihak JKR sendiri bagi menepati syarat utama dalam penyediaan CPM. Dan sekiranya kontraktor melantik scheduler, mereka ini perlu mengemukakan sijil pentauliah daripada JKR sebagai syarat yang menyatakan scheduler yang dilantik adalah menepati syarat dalam penyediaan CPM mengikut garis panduan JKR. Ini penting supaya pemantauan yang dibuat adalah telus dan data yang dihasilkan lebih tepat terutama kepada pihak atasan JKR mahupun pihak Pelanggan.
1

Program pentauliahan untuk planner/scheduler JKR masih belum dilaksanakan dan CPAB memang ada hasrat untuk mengadakannya.

Garispanduan Program Kerja yang disediakan oleh CPAB melalui Surat Arahan KPKR 15/2014 diantaranya bertujuan untuk menyeragamkan aplikasi penjadualan projek di JKR dan mengandungi senarai semak untuk menilai program kerja kontraktor untuk kelulusan. Ini secara tak langsung juga sebagai panduan kepada kontraktor untuk menyediakan program kerja.  Ya, pihak kontraktor perlu mematuhi garis panduan program kerja JKR ini untuk tujuan perancangan, pelaksanaan, pemantauan & kawalan merangkumi pengurusan skop, masa, kos dan sumber (manusia, bahan, mesin) dan risiko. Tapi bukan setakat itu, program kerja kontraktor juga perlu logic, tepat dan boleh diaplikasikan. Inilah isunya dimana kompetensi kontraktor sendiri masih ditahap yang lemah dalam menyediakan program kerja dan lemah mengaplikasikannya dalam pelaksanaan projek.

Namun di pihak JKR sendiri,  kompetensi pengurus projek/PP/WPP dalam mengalipkasikan penjadualan projek masih ditahap yang kurang memuaskan terutamanya dalam aspek perancangan serta pemantauan & kawalan. Program kerja kontraktor diterima & diluluskan tanpa semakan yang sepatutnya dan tidak merujuk kepada garispanduan yang telah disediakan. Kesannya, laporan kemajuan dan tracking kerja yang dibuat setiap bulan tidak selari dengan kemajuan sebenar di tapak.

Sudah banyak roadshow, program latihan dan khidmat perundingan yang dijalankan dari semasa ke semasa oleh pihak CPAB sejak inisiatif penjadualan projek (project Scheduling) dibangunkan pada tahun 2011. Namun jika sikap sesetengah individu itu sendiri yang sukar menerima perubahan (pemikiran, sikap & budaya kerja) segala usaha tu takkan kemanalah.

CIDB selaku agensi yang bertanggunjawab dalam pembangunan kompetensi kontraktor juga telah dimaklumkan mengenai isu kelemahan kontraktor dalam penggunaan program kerja ini. Pelaksanaan arahan CIDB untuk mewajibkan kontraktor memiliki sekurang-kurangnya Certified Construction Project Manager (CCPM) atau Certified Construction Manager (CCM) mulai tahun 2021 diharap dapat menjadi salah satu cara untuk menyelesaikan masaalah kompetensi kontraktor yang lemah ini.

MUNGKIN, pegawai JKR yang kompeten dalam penjadualan projek boleh memberi latihan kepada kontraktor, dengan syarat kos latihan dimasukkan dalam BQ projek.

...