search
Log In
5 votes
26 views
Teknik pembelajaran yang bagaimanakah yang diharapkan oleh peserta kursus apabila menghadiri sesuatu kursus anjuran CREaTE?
in Miscellaneous 3,150 points 2 15 42

3 Answers

4 votes

Teknik yang dilaksanakan sekarang nampak bagus dan berkesan terutamanya kepada penerangan [email protected] kepada fundamental mahupun teori asas. Dalam daripada itu saya mencadangkan supaya penerangan kepada keperluan kepada pegawai dari segi perkara yang perlu disemak dan perlu tahu semasa menerima dokumen daripada perunding atau kontraktor perlu juga diberi keutamaan dalam kursus.

Ramai yang diantara kita telah berkhidmat lama dan rata penerangan mereka juga kepada lesson learned namun dari segi pembuktian contoh dokumen yang salah dan telah disemak tidak disertakan akan menyebabkan peserta yang hadir tidak dapat memahami secara holistik. Ada juga kursus yang melibatkan software seperti Plaxis, MS Project dan sebagainya diperlukan dalam penerangan asas. Penekanan kepada real time situation juga perlu diberikan keutamaan. 

Ini kerana dokumen atau laporan yang diterima oleh kita secara umumnya hampir tiada yang perfect. Hampir semuanya perlu penambahbaikan. Jika tiada ilmu untuk itu kita 'terpaksa' terima seadanya. Mungkin atas perkara ini pihak CREaTE dapat memberi penekanan tersebut.

Sekadar perkongsian. Terima kasih.

13,830 points 4 33 92
2

Terima kasih di atas maklumbalas tuan @mhafizs

Adakah maksud tuan, kursus perlu memberi penekanan kepada 

  1. checklist semakan dokumen penerangan kepada keperluan kepada pegawai dari segi perkara yang perlu disemak dan perlu tahu semasa menerima dokumen daripada perunding atau kontraktor 
  2. peranan dan tanggungjawab, proses kerja dan tindakan yang perlu diambil oleh pegawai JKR terhadap sesuatu perkara sekiranya berlaku.
2
sesi di mana penceramah perlu menunjukkan dokumen asal yang dihantar dan disemak  kepada peserta. dari situ peserta dapat pendedahan perkara apa yang patut disemak dan diberi fokus.
2

Terima kasih di atas maklumbalas tuan @mhafizs. Kami ambil maklum akan perkara ini. 

3 votes
Yang santai santai..yg penceramahnya banyak knowledge..yang tak garang tanya tanya soalan...yang tak stress
3,040 points 4 17 39
0

Terima kasih di atas maklumbalas @Haslina. Kami ambil maklum berkenaan perkara ini.

2 votes
Sy mencadangkan agar kursus yang berkaitan (tak semua yg sesuai) menggunakan kaedah case study sebagai salah satu aktiviti dalam kelas.

Peserta akan berupaya utk memahami perkara yang dipelajari dengan lebih mendalam melalui sesi interaktif perbincangan dan pembentangan berdasarkan kpd case study yang dberikan. Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan sesi penyampaian satu hala daripada penceramah/fasilitator kepada peserta.
6,030 points 4 19 49
0

Teruma kasih di atas maklumbalas @AzMH79. Kami ambil maklum akan maklumbalas tuan. 

Sesungguhnya sesi interaktif membuatkan peserta berfikir. Ianya lebih menyeronokkan dan menggalakkan proses penumpuan semasa kelas dilaksanakan.

InsyaAllah methodologi CBT yang sedang diperkenalkan kepada pencermah2 membolehkan satu perubahan baru dalam penyampaian persembahan / syarahan semasa sesi ceramah di dalam kelas nanti. InsyaAllah.

Semoga perubahan penyampaian penceramah akan berubah mulai tahun ini 2020 sedikit demi sedikit sehingga CREaTE dpt menjadi institusi latihan yang dibanggakan dan bertaraf dunia. Aamiin

...