search
Log In
9 votes
80 views
Bekerja di rumah merupakan cara baru bekerja sejak PKP semasa penularan COVID-19. Keadaan keterpaksaan bekerja di rumah disebabkan tersebarnya wabak virus ini telah sedikit sebanyak melatih pegawai JKR untuk bekerja dari rumah sahaja.

Sejauh manakah satu-satu kerja itu dapat dilaksanakan?

Adakah ianya satu kejayaan dlm menuju era IR 4.0?

Bolehkah cara/budaya ini diteruskan?
in Miscellaneous 3,640 points 3 16 43
edited by

2 Answers

8 votes

Kepesatan teknologi terutamanya di era IR4.0 banyak memberi manfaat kpd semua warga JKR yang berkerja di rumah sepanjang tempoh PKP sehingga 14 April. Antara inisiatif teknologi yang telah disediakan oleh MyGOVUC dlm membantu penjawat awam melaksanakan tugas secara maya termasuk Skype for Business. Di samping itu, aplikasi seperti Outlook Web App (OWA), Big Mail Transfer dan Zoom juga boleh digunakan secara meluas.

Akan tetapi, antara isu utama pelaksanaannya adalah dari segi tahap penerimaan di kalangan pengguna. Walaupun teknologi seperti video conferencing untuk mengadakan mesyuarat atas talian telah lama diperkenalkan sebelum ini, kadar penggunaannya agak terhad memandangkan ramai yang kurang mahir atau tidak mempunyai akses kepada teknologi tersebut.

Merujuk kepada Technology Adoption Life Cycle, dengan pelaksanaan PKP, terdapat peluang yang besar bagi memecahkan halangan/menggalakkan/mempercepatkan penggunaan teknologi di kalangan Late Majority dan Laggards bagi tujuan normalisasi agar manfaat teknologi dapat diaplikasikan sepenuhnya seiring dengan kos berkaitan seperti peranti dan akses ke Internet yang amat kompetitif sekarang.

Kemaskini: Artikel menarik mengenai langkah untuk memanfaatkan teknologi mudah alih sewaktu krisis COVID-19

#WorkFromHome
#StaySafe

49,730 points 33 88 176
2
Komen saya cuma dari segi prasarana ICT yang digunapakai dari keupayaan server, bandwidth, speed, software, security, storage, archiving dan sebagainya.
Pihak KPKT telah memulakan langkah dengan memperkenalkan OSC 3.0 Plus Online, dimana permohonan bagi peringkat Kebenaran Merancang (KM) oleh Pemohon/PSP dibuat melalui dalam talian sepenuhnya untuk 9 Pilot PBT. Dimana semua dokumen, pelan-pelan dan laporan akan dimuat naik oleh PSP ke dalam talian dan akan diedarkan melalui dalam talian juga kepada semua Agensi Teknikal Luaran yang berkaitan.

Namun begitu, kemudahan prasarana ICT di pihak JKR masih belum atau tidak setara bagi menyokong penuh usaha ini. Ini  kerana aplikasi software serta kemudahan ICT sedia ada adalah melalui internal network di pejabat masing-masing. Perlu ke pejabat untuk mencetak dokumen berkenaan bagi menyemak pelan - pelan dan laporan (yang tebal-tebal belaka) yang berkaitan sebelum memberi ulasan serta melaksanakan pemetaan lokasi pemajuan.

Sekadar pandangan.
0

Setuju dengan komen ..prasarana ICT di pihak JKR perlu dinaiktaraf di semua peringkat HQ, Negeri & Daerah.

6 votes

Terdapat beberapa perkara yang perlu kita perhatikan dalam bekerja dari rumah atau Work From Home ini terutamanya kita sebagai Agensi Pelaksana Teknikal Negara ini. Ada bahagian boleh dikategorikan sesuai bekerja dari rumah dan terdapat juga bahagian yang tidak sesuai untuk bekerja dari rumah. Antara-antara kelebihan dan kekurangan yang saya dapat kongsikan adalah seperti berikut:

Kelebihan

  1. Jadual yang fleksibel memudahkan pergerakan pegawai dalam menjalankan kerja terutamanya kepada kerja yang melibatkan penyiapan laporan pemantauan dan sebagainya.
  2. Suasana kerja yang boleh disesuaikan mengikut keadaan yang mana melibatkan perahan otak atau idea diperlukan terutamanya kepada penulisan surat rasmi. Ini kerana di pejabat suasana yang ramai dan kadang bising melambatkan cetusan idea yang bernas.
  3. Tidak terikat dalam pakaian rasmi ke pejabat yang mana setengah pegawai perlu seterika baju setiap hari yang perlu menyesuaikan pakaian untuk ke pejabat.
  4. Disiplin dalam temujanji yang melibatkan video conference yang mana kehadiran pegawai dapat dibuat meskipun pegawai tersebut tidak berada dirumah dengan menggunakan telefon pintar atau tablet masing-masing.
  5. Menjimatkan kos pengangkutan ke pejabat terutamanya kepada pegawai atau staf yang hanya membuat pengurusan pentadbiran sahaja tanpa melibatkan ke lawatan tapak.
Kekurangan bukan Keburukan
  1. Ruang kerja sempit sekiranya melibatkan penerimaan projek baru oleh pihak HOPT yang mana perbincangan terperinci dan pembentangan diperlukan dalam memberi penumpuan dan analisis serta ulasan.
  2. Kesesakan dalam video conference jika melibatkan terlalu ramai ahli mesyuarat yang akan menyukarkan moderator/urusetia mengawal perjalanan mesyuarat.
  3. Kesilapan dalam membuat laporan atau surat akan terjadi kerana kekurangan semakan daripada pihak kedua.
  4. Kelambatan dalam mendapatkan jawapan yang dikategorikan segera kerana memerlukan medium untuk menjawab.
  5. Kesukaran dalam membahagikan masa jika bekerja dirumah iaitu sekiranya melibatkan lawatan tapak perlu membahagi masa dalam menyiapkan kertas kerja dan pemantauan kerja di tapak.
Jika pelaksanaan ini boleh dilakukan, ini merupakan tindakan yang berani sebagai penjawat awam kerana mampu melaksanakan sesuatu perkara di luar kotak typical civil servant. Tidak salah ingin mencuba, sekiranya selalu takut untuk mencuba, sampai bila-bila kita di takuk yang sama.
Sekadar perkongsian. Terima kasih.
13,960 points 4 33 94
1

Terima kasih di atas ulasan dan pandangan @mhafizs. Saya juga bersetuju dengan pandangan tuan di mana sebahagian sahaja daripada tugas kita membolehkan kita bekerja di rumah. Maka berkemungkinan, corak dan cara kita bekerja warga JKR boleh dibahagikan kepada 2 katogeri

  1. Bekerja di rumah / home-based job (bg kerja2 yg tidak melibatkan pemantauan di tapak projek) dan
  2. Bekerja di ofis / di tapak bina

...