search
Log In
2 votes
15 views
Sejauh mana kepentingan Power Quality dalam aspek penyelenggaraan?
in Power Quality 11,580 points 11 23 85
0

1 Answer

3 votes
 
Best answer

Bekalan kuasa elektrik yang berkualiti adalah penting untuk semua pepasangan elektrik bagi memastikan tidak berlakunya gangguan bekalan elektrik dan kerosakan ke atas peralatan elektrik. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan bangunan mempunyai masalah kualiti kuasa. Antara sebab-sebab berlakunya masalah kualiti kuasa adalah pemasangan peralatan-peralatan elektronik yang moden di mana telah menyebabkan voltan dan arus elektrik telah mengalami herotan (distortion). 

Bahagian penyelenggaraan elektrik kerap menerima masalah tripping di mana ia menyebabkan operasi perkhidmatan premis tersebut terganggu dan kekerapan tripping ini boleh menyebabkan peralatan yang sensitif di premis tersebut mengalami kerosakan.

Selain itu, kualiti kuasa ini bukan sahaja merupakan isu teknikal tetapi ia juga berkait rapat dengan isu kewangan. Banyak kajian menunjukkan bahawa kelemahan kualiti kuasa menyebabkan kerugian ekonomi yang besar kepada sektor perindustrian. Ini adalah kerana  berlaku kerosakan pra-matang kepada peralatan elektrik dan elektronik. Oleh itu, ini membuktikan bahawa kualiti kuasa yang baik penting dalam aspek penyelenggaraan.

500 points 3
selected by
0

Terima kasih atas perkongsian bermanfaat, Pn @wan fatimah yes

...