search
Log In
3 votes
21 views
Adakah JKR atau Cawangan Geoteknik mempunyai pengkalan data bagi maklumat makmal-maklmal yang berdaftar atau dipersetujui oleh JKR untuk rujukan kesemua Cawangan/JKR Negeri dalam menyemak taraf kompetensi makmal bagi menghasilkan laporan penuh penyiasatan tapak yang dijalankan?
in Technical & Contract Admin 12,050 points 4 30 83

1 Answer

3 votes
Penarafan makmal-makmal pengujian tanah/ batuan belum dilaksanakan oleh Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, oleh itu JKR pada dasarnya tidak mempunyai pengkalan data untuk makmal-makmal berdaftar.

Bagi memastikan kualiti kerja pengujian makmal yang dijalankan untuk projek-projek JKR, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik hanya melaksanakan audit terhadap makmal-makmal yang digunakan oleh kontraktor penyiasatan tanah yang dilantik dari masa ke semasa.

Senarai makmal-makmal yang pernah melaksanakan kerja pengujian bagi projek-projek JKR boleh digunakan sebagai rujukan pihak JKR Cawangan/ Negeri. JKR Cawangan/ Negeri juga akan memastikan bahawa mana – mana makmal yang menjalankan pengujian tanah/ batuan telah diakreditasi di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM), Jabatan Standard Malaysia.
540 points 1 1 10
0

Terima kasih atas perkongsian, Tn Pengarah @cerazali yes

...