search
Log In
16 votes
123 views
Berikutan dengan penularan Pandemik COVID-19, Kerajaan telah mewartakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara yang bermula pada 18 Mac 2020. Lanjutan dari itu, semua aktiviti di tapak pembinaan telah diberhentikan.

Adakah kontraktor layak diberikan lanjutan masa (EOT) dan apakah klausa kontrak yang bersesuaian dengan EOT yang  berikan disebabkan isu ini. Terima kasih.
in Time Management 300 points 2 4 7

2 Answers

8 votes

Untuk perkara ini Tuan boleh rujuk kepada kajian yang dibuat oleh BK Asia Pacific yang mana perbandingan dibuat kepada kes COVID-19 terhadap FIDIC, PAM dan JKR 203A. Tuan boleh baca perkara itu yang disitu dinyatakan Klausa yang bersesuaian bagi lanjutan masa atas wabak tersebut. Perlu yang dinyatakan disini adalah kontraktor tidak layak untuk Loss & Expenses seperti yang dicadangkan oleh pihak CKUB. Link untuk kajian tersebut adalah seperti berikut:

https://rism.org.my/wp-content/uploads/2020/03/COVID19-ForceMajeureEventArticlerevFwmlogo.pdf

Harap membantu. Terima kasih.

11,870 points 4 29 82
1
Terima Kasih Tuan.

Boleh tuan beri pencerahan Mengapa pihak kontraktor tidak layak menuntut loss & expenses? Sedangkan secara jelas kontraktor mengeluarkan perbelanjaan untuk mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.
3

Sekiranya kontrak Puan menggunakan 203A, Puan boleh rujuk terus kepada Item 44 iaitu CLAIMS FOR LOSS & EXPENSES. Jika merujuk disitu adalah tidak layak bagi kontraktor untuk membuat tuntutan tersebut kerana item yang dikenakan kepada semua kontraktor adalah merujuk kepada force majeure iaitu Item 43.1(a). Sebarang tuntutan berkenaan loss & expenses ini hanya merujuk kepada Item 43.1(c),(d),(e) dan (f). 

Selain itu, perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kontraktor untuk memenuhi syarat SOP seperti menyediakan sanitizer atau alat pengesan demam perlu merujuk kepada Item 77 iaitu EPIDEMICS & MEDICAL ATTENDANCE yang mana pihak Kontraktor perlu mematuhi segala keperluan yang disarankan oleh Goverment Health & Sanitary Authorities. Harap membantu. Terima kasih.

4 votes

Notis EOT/LTK
Selaras dengan pelaksanaan PKP, kelayakan untuk mendapatkan EOT/LTK adalah automatik diberikan kepada syarikat manakala tempoh pelanjutan adalah berdasarkan penilaian Kementerian/Jabatan. Oleh itu, notis EOT/LTK hendaklah dikeluarkan kepada syarikat bagi semua kontrak Kerajaan yang terjejas.

Notis EOT/LTK hendaklah dikeluarkan oleh SO/PD/CA/GR dan disampaikan kepada syarikat secara bertulis samada melalui surat, emel, faks atau lain-lain perhubungan termasuk hebahan menggunakan medium media sosial.

Sumber
PK 2.4 Peraturan Berkaitan Lanjutan Masa (EOT) atau Lanjutan Tempoh Kontrak (LTK) bagi Kontrak Kerajaan yang Terkesan oleh Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (Kuat Kuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020)

Dokumen rujukan
Soalan Lazim Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Berkaitan Perolehan Kerajaan Berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

44,590 points 32 86 161
...