search
Log In
7 votes
50 views
Bagaimana sistem ini dibangunkan?

Apakah kandungan (content) dlm Sistem HRMIS?

Sejauh mana pekerja JKR mengguna pakai sistem tersebut?
in Human Resource Management 1,150 points 3 9 24

1 Answer

5 votes
 
Best answer

Latar belakang HRMIS

HRMIS adalah salah satu projek di bawah Aplikasi Perdana Projek Kerajaan Elektronik. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku agensi pusat yang bertanggungjawab ke atas dasar sumber manusia perkhidmatan awam telah dipilih sebagai agensi utama (lead agency) bagi meneraju pelaksaaan projek ini.

Pelaksanaan Projek HRMIS meliputi dua fasa. Fasa 1 telah bermula pada 12 April 1999 melibatkan kajian, pembangunan dan pelaksanaan aplikasi HRMIS di 10 agensi perintis iaitu JPA, Pejabat Perdana Menteri, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Kesihatan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Majlis Amanah Rakyat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Ketua Menteri Negeri Sarawak. Pembangunan aplikasi HRMIS di bawah Fasa 1 telah siap pada 30 September 2004. Seterusnya di Fasa 2, pelaksanaan HRMIS telah diperluaskan (rollout) ke semua agensi Kerajaan yang lain.

Objektif HRMIS

  • Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia;
  • Mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia;
  • Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;
  • Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses sumber manusia dan capaian melalui single window;
  • Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless; dan
  • Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

Content HRMIS

Penggunaan HRMIS di JKR

Seperti yang sedia maklum semestinya penggunaan HRMIS di JKR sepatutnya secara menyeluruh, walau bagaimana pun sudah pasti terdapat beberapa kekangan seperti access, kelengkapan dan pengetahuan terutama yang melibatkan kelas sokongan bawahan. Walaubagaimanapun pelbagai inisiatif telah diambil dalam memastikan penggunaan HRMIS adalah 100% termasuklah bantuan dari kakitangan yang menguruskan HRMIS, aplikasi seperti HRMIS CUTI dan selain itu ia turut dimasukkan ke dalam KPI bagi sesetangah Pengarah bagi memastikan pencapaiannya adalah 100% seperti mana seruan kerajaan.

2,240 points 5 14 23
selected by
...