Saya amat bersetuju dengan pandangan pendapat @AzMH79 di mana dalam waktu PKP ini, keputusan mengenai isu2 yg timbul perlukan jawapan yang cepat untuk diselesaikan, maka sesi perkongsian, bual bicara atau soal jawap (sesama pegawai yg bertanggungjawab, pegawai SME dan pegawai yang berkaliber dalam menyelesaikan sesuatu isu atau perkara) amatlah bersesuaian berbanding kursus online semasa waktu PKP ini.
Bagaimanapun, kursus online adalah satu cadangan yang baik dan boleh dijadikan sebagai salah satu methodology penyampaian latihan dan digabungkan di dlm CBT selepas waktu PKP hasil daripada pembelajaran melalui pengalaman kita di kala PKP.
Bagaimanapun, saya mencadangkan teknik pembelajaran secara online yang bersesuaian adalah secara live streaming. Ini adalah kerana penceramah boleh
- Menentusahkan kehadiran peserta dengan pembuktian mereka dlm cam
- Menyediakan pre n post test dan mendapat jawapan on the spot melalui cam atau whatsup semasa streaming
- Memberi latihan hands-on secara online dan jawapan terus melalui cam.
- Menjawap apa sahaja soalan peserta on spot
- Menilai kesungguhan / prestasi peserta semasa streaming.
Sekiranya methodology ini ingin dilaksanakan dalam waktu PKP, penceramah mesti bersedia melaksanakan perubahan ini. Mungkin medium yang boleh digunakan adalah dengan webex. Bagaimanapun penceramah serta peserta perlu mempunyai internet yang laju untuk memastikan kelancaran peelaksanaan kursus online tersebut.