Pandangan naif saya:
Untuk perkara ini pihak Puan boleh merujuk kepada FAQ Soalan Lazim Perolehan Kerajaan Berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (18 Mac 2020 - 28 April 2020) di Portal Pekeliling Perbendaharaan.
Untuk soalan pihak Puan boleh saya kaitkan dengan FAQ Proses Bayaran pada Soalan 6, 7 dan 8 yang mana pembayaran perlu dibuat selaras dengan syarat kontrak. Sekiranya kontrak puan mempunyai pembayaran secara ePerolehan adalah tidak menjadi masalah tentang pembayaran. Namun begitu, dari segi kaedah kehadiran dan proses penyediaan pembayaran perlu mendapat nasihat daripada pihak SO pasukan projek puan kerana ia melibatkan roadblock oleh pihak polis dan sebagainya.
Berdasarkan kepada arahan kepada JKR yang mana kehadiran ke pejabat perlu mendapat pengesyoran daripada Pengarah dan perlu diluluskan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya. Ini sedikit sebanyak memerlukan masa dan ketelitian oleh pihak atasan. Adalah dicadangkan bahawa penyediaan pembayaran boleh dibuat secara maya atau scan document dan direkod semula setelah PKP selesai.
Harap membantu. Terima kasih.