search
Log In
6 votes
34 views

Apakah yang perlu dilakukan oleh pej HODT (pic perolehan) sekiranya Kontraktor Utama tidak bersetuju untuk menandatangani Surat Setuju Terima (JKR 203N4) bagi pelantikan Sub Kontraktor yang dinamakan.

Apakah langkah terbaik atau prosedur yang perlu dilakukan oleh pegawai sebelum mengeluarkan surat makluman penerimaan tender kepada NSC bagi mengelakan masalah kontraktor utama tidak mahu menandatangani SST NSC. 

in Contract Management 24,610 points 38 94 187
edited by
0
Sajalah nk memeriahkan, cantiknya tulisan..

1 Answer

3 votes

Pendapat naif saya:

Untuk perkara ini saya mencadangkan pihak Tuan merujuk kepada Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Edisi Ketiga pada item 14.5.3 iaitu dibawah tajuk Penerimaan Tender. Item tersebut menjelaskan bahawa terdapat beberapa kaedah yang perlu dilaksanakan oleh PP sekiranya bantahan oleh pihak Kontraktor atas penamaan Kontraktor Dinamakan terdapat alasan yang munasabah (contoh Subkontraktor tersebut mempunyai masalah pada kontrak sebelum ini). Apakah tindakan yang sesuai dilaksanakan oleh PP dapat saya rumuskan seperti berikut:

  1. Menamakan subkontraktor alternatif.
  2. Mengeluarkan arahan untuk mengeluarkan kerja tersebut daripada kontrak
  3. Mengarah Kontraktor sendiri butiran kerja tersebut sekirnya layak mengikut syarat kontrak.
Harap membantu. Terima kasih.
12,400 points 4 31 86
1

Terima kasih tuan,

Saya bangkitkan isu ini adalah kerana, SST NSC adalah satu ikatan antara Kontraktor Utama dengan Sub Kontrak (bukan direct dengan kerajaan) dalam erti kata lain kahwin paksa. 

Setelah keputusan dari Lembaga Perolehan dikeluarkan, Wakil HODT akan mengeluarkan surat pemberitahuan penerimaan tender kepada NSC. Walaupon surat ini tidak menjadi sebahagian daripada kontrak, ia seperti sudah memberi bayangan atau harapan kepada NSC.  Borang JKR 203N4 (SST)  perlu dikeluarkan oleh Kontraktor Utama kepada NSC. Kontraktor utama ada hak untuk tidak menerima NSC berkenaan.. 

berdasarkan rumusan tuan,

  1. Siapakah mempunyai kuasa untuk menamakan subkontraktor alternatif (B).
  2. Sekiranya menamakan subkontraktor alternatif, apakah impak atau undang-undang berkaitan yang mungkin terlibat sekiranya NSC pertama (A) tidak berpuas hati (LP menamakan A, Surat pemberitahuan penerimaan pon telah dikeluarkan)
  3. Sekiranya Kerja tersebut dikeluarkan dari kontrak (Contoh WKP : Elektrik) dan melantik kontraktor berasingan, adakah kontraktor baru yang dilantik boleh masuk tapak berkenaan?
  4. Siapakah yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan kontraktor utama untuk membuat kerja tersebut (override keputusan LP).  Bagaimana dengan harga kerja?

Soalan Saya.

  1. Apakah yang perlu dilakukan oleh HODT sekiranya kontraktor utama tidak bersetuju.
  2. Apakah langkah terbaik bagi mengelakan perkara (1) tidak berulang.. (Langkah yg perlu dilakukan sebelum mengeluarkan surat pemberitahuan penerimaan tender).
0
Seperti yang saya nyatakan pada ruangan jawapan iaitu pihak Tuan boleh merujuk siapakah yang mempunyai kuasa untuk menamakan subkontraktor alternatif bagi soalan yang pertama (jasa baik pihak Tuan untuk rujuk sendiri).

Untuk soalan kedua tiada impak besar yang terjejas kerana penerimaan tender bukan sebahagian daripada kontrak yang membolehkan subkontraktor tersebut membawa perkara ke pihak atasan setelah pihak PP mendapat alasan yang munasabah daripada pihak Kontraktor berkenaan Subkontraktor tersebut. Munasabah ini bukan hanya 'one way communication' tetapi 'two way communication' iaitu satu perbincangan akan dibuat antara Kontraktor Utama dan Subkontraktor. Ini lebih kepada pengalaman yang ada iaitu mungkin Kontraktor Utama pernah bekerjasama dengan Subkontraktor sebelum ini pada projek yang lain dan Subkontraktor juga mempunyai rekod yang kurang memberangsangkan hasil daripada maklumbalas pelbagai pihak yang boleh menjejaskan prestasi projek secara keseluruhan.

Untuk soalan yang ketiga bagi kerja yang sulit dan tidak boleh dilaksanakan oleh kontraktor biasa dan Kontraktor Utama mencadangkan ia perlu dikeluarkan dari kontrak. Bagi NSC Mekanikal dan Elektrikal tiadalah perlu dikeluarkan daripada kontrak kerana kerja tersebut adalah kerja amalan di dalam mana-mana projek.

Untuk soalan keempat sekiranya pihak Kontraktor mempunyai subkepala bagi kerja elektrikal dan mekanikal, pihak kontraktor boleh libat dalam tender NSC tersebut dan penilaian boleh dibuat dengan memanjang tempoh tender. Sekiranya tiada subkepala maka secara automatik adalah kontraktor tidak layak.

Untuk soalan Tuan berkenaan apa yang dilakukan oleh HODT, Kontraktor Utama mempunyai masa 21hari untuk mengambil tindakan dengan menyatakan ketidaksetujuan serta melampirkan bukti-bukti yang menyebabkan tidak bersetuju dari tarikh Surat Penamaan dikeluarkan. Sekiranya tiada tindakan dibuat selama 21 hari, ini bermaksud Kontraktor Utama tiada bantahan.
...