Seperti yang saya nyatakan pada ruangan jawapan iaitu pihak Tuan boleh merujuk siapakah yang mempunyai kuasa untuk menamakan subkontraktor alternatif bagi soalan yang pertama (jasa baik pihak Tuan untuk rujuk sendiri).
Untuk soalan kedua tiada impak besar yang terjejas kerana penerimaan tender bukan sebahagian daripada kontrak yang membolehkan subkontraktor tersebut membawa perkara ke pihak atasan setelah pihak PP mendapat alasan yang munasabah daripada pihak Kontraktor berkenaan Subkontraktor tersebut. Munasabah ini bukan hanya 'one way communication' tetapi 'two way communication' iaitu satu perbincangan akan dibuat antara Kontraktor Utama dan Subkontraktor. Ini lebih kepada pengalaman yang ada iaitu mungkin Kontraktor Utama pernah bekerjasama dengan Subkontraktor sebelum ini pada projek yang lain dan Subkontraktor juga mempunyai rekod yang kurang memberangsangkan hasil daripada maklumbalas pelbagai pihak yang boleh menjejaskan prestasi projek secara keseluruhan.
Untuk soalan yang ketiga bagi kerja yang sulit dan tidak boleh dilaksanakan oleh kontraktor biasa dan Kontraktor Utama mencadangkan ia perlu dikeluarkan dari kontrak. Bagi NSC Mekanikal dan Elektrikal tiadalah perlu dikeluarkan daripada kontrak kerana kerja tersebut adalah kerja amalan di dalam mana-mana projek.
Untuk soalan keempat sekiranya pihak Kontraktor mempunyai subkepala bagi kerja elektrikal dan mekanikal, pihak kontraktor boleh libat dalam tender NSC tersebut dan penilaian boleh dibuat dengan memanjang tempoh tender. Sekiranya tiada subkepala maka secara automatik adalah kontraktor tidak layak.
Untuk soalan Tuan berkenaan apa yang dilakukan oleh HODT, Kontraktor Utama mempunyai masa 21hari untuk mengambil tindakan dengan menyatakan ketidaksetujuan serta melampirkan bukti-bukti yang menyebabkan tidak bersetuju dari tarikh Surat Penamaan dikeluarkan. Sekiranya tiada tindakan dibuat selama 21 hari, ini bermaksud Kontraktor Utama tiada bantahan.