search
Log In
3 votes
49 views
Adakah pihak JKR Malaysia mempunyai perancangan terhadap Pengurusan Risiko Projek seperti dimasukkan ke dalam Senarai Kuantiti Kerja Awalan sama seperti bagi Item Safety, Health and Welfare. Ini kerana penyediaan, pemantauan dan kemaskini Risiko projek adalah diwajibkan kepada semua projek melebihi RM500,000 seperti yang dinyatakan pada Surat KPKR Bil,12/2017 sedikit sebanyak melibatkan penggunaan wang dalam pelaksanaan tersebut.
in Contract Management 13,850 points 4 33 93

1 Answer

2 votes
Pada pandangan saya, Risk Management Plan(RMP) perlu diambilkira/ dimasukkan ke dalam BQ bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan secara komprehensif. Pada masa sekarang, bengkel pelaksanaan RMP hanya dapat dilaksanakan atas belas ihsan pihak kontraktor memandangkan tiada sebarang kos yang dimasukkan ke dalam BQ. Sekiranya tiada bengkel dapat dilaksanakan, pihak SO terpaksa melaksanakan RMP dengan memasukkan ke dalam agenda mesyuarat tapak. Tindakan ini dapat memastikan RMP dapat dilaksanakan walaupun tiada peruntukan disediakan. Walau bagaimanapun tindakan ini berkemungkinan akan mengurangkan percambahan idea dalam penyediaan RMP.
180 points 1 2 5
1
Terima kasih atas pandangan yang diberi.

Perkara utama yang menjadi tumpuan dari pihak saya adalah dari segi pemantauan dan penyediaan laporan risiko itu sendiri. Sekiranya ada peruntukan disediakan dan pasukan risiko dilantik di tapak sama seperti pasukan kesihatan/keselamatan, ini merupakan satu tindakan proaktif dilaksanakan oleh pihak JKR khususnya dan Kerajaan secara amnya. Dengan pasukan yang dilantik, pemantauan atas risiko kepada projek dapat dilihat dari sudut yang lebih jelas dalam menjanakan kematangan dalam pengurusan projek.
...