Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempelawa pegawai dari kumpulan Pengurusan & Profesional, Jabatan ini untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Kerja Kursus) secara separuh masa di bawah tajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) In-House.
Konsep penajaan pengajian ini perlu dijalankan melalui kerjasama strategik dengan pihak universiti di dalam skop bidang keutamaan Jabatan.
Alhamdulilah, Sebelum ini kita telah laksanakan HLPSB untuk Sarjana Project Management dan Sarjana Aset Management sehinggakan kita mempunyai bilangan sarjana yang mencukupi dalam kedua dua bidang.
Dengan itu apakah bidang keperluan HLPSB buat masa ini yang mendesak?