search
Log In
8 votes
60 views
Salah satu penjadualan yang popular digunakan oleh pengurus projek adalah teknik Carta Gantt.

Mengapakah kita menggunakan Carta Gantt dalam melaksanakan projek?

Apakah kelebihan teknik ini berbanding teknik lain seperti teknik CPM/PERT?
in Quality Management 1,150 points 3 9 23

1 Answer

5 votes

Pendapat naif saya:

Untuk perkara ini memang tidak dinafikan terdapat pelbagai kaedah di dalam memantau perjalanan projek samada menggunakan CPM, Gantt Bar, PERT dan sebagainya. 

Namun begitu, kaedah yang disarankan untuk semua projek JKR adalah menggunakan kaedah Critical Path Method (CPM). Untuk perkara ini pihak Puan boleh merujuk kepada Surat Arahan KPKR Bil.69 Tahun 2000 iaitu PENGGUNAAN KAEDAH ALIRAN KRITIKAL (CRITICAL PATH METHOD) DALAM PELAKSANAAN KONTRAK KERJA. Penggunaan CPM ini lebih sesuai digunakan menerusi MS Project berbanding penggunaan Primavera. 

Perkara yang diutarakan oleh pihak Puan berkenaan Carta Gantt Bar ini memang dipratikkan di JKR kerana ianya lebih mudah dibangunkan dan tidak melibatkan kerja-kerja yang rumit seperti kawasan sempit, kerja berfasa/bertindih dan kerja plantar minyak. Carta Gantt ini merujuk terus kepada Penggunaan MS Project.

Berkenaan dengan kaedah PERT ini lebih sesuai kepada projek yang telah ditetapkan tarikh tamat projek. Ini merujuk kepada projek-projek yang berimpak tinggi atau projek yang dilaksanakan perlu disiapkan pada tarikh tertentu sahaja. Untuk projek jenis ini secara majoritinya tidak melibatkan di JKR. Hampir semua projek di JKR tidak menetapkan tarikh siap secara wajib dan ianya secara kontrak melibatkan tarikh mula dan tamat projek dan masih sah sekiranya tarikh tamat projek tersebut dilanjutkan dengan syarat-syarat kontrak.

Harap dapat membantu. Terima kasih.

13,850 points 4 33 93
1

Good sharing, Tn @mhafizs yes

...