Pandangan naif saya..
Gerbang Nilai 1 (Kajian Penerimaan Pelaksanaan Projek) - HOPT
Gerbang Nilai 2 (Kesediaan untuk Reka Bentuk) - HOPT
Gerbang Nilai 3 (Kesediaan untuk Tender) - HOPT
Gerbang Nilai 4 (Kesediaan untuk Perkhidmatan) - Pegawai Penguasa / Pengarah Projek
Setiap peringkat GN mempunyai isu dan cabaran tersendiri sebagaimana berikut:-
GN1 - Kajian terhadap SOA dan brief projek perlu dikaji dan hendaklah selari di mana beberapa siri mesyuarat perlu dilaksana antara HOPT, HODT dan pelanggan. Begitu juga isu hak milik tanah yang perlu jelas dengan mendapatkan geran hakmilik dari pelanggan
GN2 - penyediaan rekabentuk, di mana ketua pasukan perekabentuk perlu perancangan yang mencukupi dan juga mengadakan perbincangan kerap. Kefahaman yang jelas terhadap keperluan pihak pelanggan dan juga menganalisis risiko. Pengesahan rekabentuk konsep dan awalan dari pelanggan menjadi topik utama.
GN3 - kos PDA perlu dikaji sekiranya projek melebihi siling. Skop dan soa perlu dirujuk semula untuk mendapatkan design to cost. Kelulusan dari PBT juga perlu diperolehi di samping memastikan cara perolehan yang bersesuaian bagi melaksanakan perbelanjaan, Kecukupan sumber manusia juga perlu dikaji bagi penyeliaan projek.
GN4 - Pegawai Penguasa / Pengarah Projek perlu memastikan projek siap mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan serahan kepada pelanggan mengikut spesifikasi.
Semua pihak memainkan peranan dalam mengaplikasikan GN. Justeru itu, metadologi yang berkesan adalah dari setiap mereka yang terlibat dari awal perancangan projek hingga serahan projek.
Sekian.
(Rujukan : GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERBANG NILAI JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA)