Salam,
Seperti yang tuan sedia maklum, selama ini Revit tidak pernah ada ciri untuk save as ke format revit versi lama seperti AutoCAD.
Namun, sebagai alternatif sekiranya revit versi 2020 sangat diperlukan dalam versi revit 2018, tuan boleh cuba untuk export ke IFC / DWG dengan cara seperti di bawah;
- Buka model di Revit 2020
- Export ke IFC atau DWG
- Buka / Import IFC atau DWG file tersebut melalui revit 2018
- Save
Sebenarnya kaedah Eksport / Import IFC dalam revit ini bukan tujuan untuk ke versi lama. Walaubagaimanapun, format IFC dapat memberikan kualiti geometri model yang agak baik ketika diimport melalui versi lama. Semoga bermanfaat.