Kaedah pembelajaran maya seperti EPSA dan blended learning perlu diamalkan dan diperluaskan di semua peringkat di JKR Malaysia samada dalam tempoh atau pasca PKP/PKPB. Pelbagai kajian membuktikan tentang kelebihan kaedah atas talian ini dalam menyokong proses pembelajaran secara bersemuka yang kerap diadakan di CREaTE [1] [2] [3].
Perlu difahami kaedah secara maya ini tidak semestinya dilihat sebagai pengganti secara total kepada sesi kursus bilik kuliah memandangkan terdapat elemen atau aktiviti yang memerlukan interaksi fizikal bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman terutamanya yang melibatkan kemahiran.
Akan tetapi dalam era yg serba canggih, IR4.0 sudah tentu masanya telah tiba bagi JKR Malaysia untuk mempertingkatkan langkah pemerkasaan kompetensi warga JKR dengan mengadakan sesi kursus/perbincangan intelek melalui penggunaan teknologi yang berkesan.
Ini selaras dengan saranan YB PM kepada proses pendigitalan masyarakat sebagai langkah adaptasi kepada normal baharu pada masa depan, pasca penularan wabak COVID-19.