search
Log In
4 votes
55 views
Adakah peraturan ini terpakai kepada semua jenis perolehan (tender, sebutharga, etc..)?

Mari bincang.
in Contract Management 11,280 points 15 36 72

2 Answers

3 votes
Pandangan naif saya:

Jawatankuasa Spesifikasi memang telah diwujudkan terutamanya kepada cawangan-cawangan pakar bagi menyelaras, mengkaji dan mengemaskini spesifikasi-spesifikasi dalam bidang kejuruteraan yang merangkumi jalan, bangunan mahupun senggara. Kajian atau pengemaskinian ini berlangsung dari masa ke semasa. Sebagai contoh untuk Spesifikasi Bangunan yang sediaada adalah Versi Tahun 2014 dan telah ada jawatankuasa tertubuh membuat beberapa pengemaskinian kepada item-item di dalam spesifikasi tersebut.

Merujuk persoalan yang diberikan, sudah pasti spesifikasi tersebut terpakai kepada kesemua jenis perolehan bagi memudahkan pihak petender khususnya dalam meletakkan harga/nilai sesuai kepada spesifikasi yang telah ditetapkan supaya kualiti yang diperlukan dapat dicapai. Bukanlah pekeliling tersebut menyatakan setiap jenis perolehan perlu tubuh satu jawatankuasa spesifikasi bagi jenis kerja yang sama. Ini tertakhluk kepada jenis kerja yang diberikan adalah berlainan daripada mana-mana spesifikasi ataupun tiada rujukan yang membolehkan pihak petender meletakkan harga. Maka dengan ini satu jawatankuasa adalah perlu dibentuk bagi jenis perolehan tersebut. Dalam erti kata lain, kerja-kerja berkaitan projek di JKR adalah tidak menjadi isu kritikal atas kapasiti spesifikasi ini.

Terima kasih.
13,830 points 4 33 92
0 votes
Pandangan naif jua...

Pelbagai tafsiran dan pandangan dari pelbagai sudut dan daripada pelbagai profesion penjawat awam berkaitan spesifikasi ini. Ada berpendapat spesifikasi (setara/bukan setara) adalah melengkapi butiran skop/item yang perlu dihargakan oleh Petender/Penyebutharga mengikut apa jua jenis/nilai perolehan. Akan tetapi yang nyata butiran skop/item yang dizahirkan di dalam Ringkasan Tender/Sebutharga adalah perkara yang perlu dihargakan dan juga asas dalam penyediaan peruntukkan/anggaran. Berkait dengan PK ni, saya berpendapat ada baiknya pihak yang mempunyai kuasa memberi ketetapan sama ada JK Spesifikasi ini adalah merujuk kepada JK yang meluluskan skop/item ataupun spesifikasi? Sefahaman saya, skop/item digunakan dalam memohon peruntukan atau peruntukan yang diluluskan adalah untuk skop/item apa. Secara tidak langsung, urusan perolehan boleh menjadi lebih teratur serta bebas daripada kesilapan.
2,370 points 2 6 21
...