search
Log In
3 votes
30 views
1.Bagaimana seseorang pegawai menentukan kontrak tersebut adalah Naiktaraf/ubahsuai/pemulihan

2.Bagaimana untuk menentukan aduan dan khidmat nasihat teknikal berdasarkan kategori pemulihan/ubahsuai/naiktaraf?
in Fixed Asset (Tak Alih) 2,100 points 3 7 21
edited by

1 Answer

0 votes
1. Naiktaraf adalah satu penyataan generik yang boleh termasuk skop skop kerja binaan baru, pemulihan ataupun ubahsuai. Sehubungan itu, setiap kerja naik taraf perlu dilihat dari skop kerja yang diperlukan. Kita tidak boleh membuat penentuan dengan melihat kepada tajuk kontrak/projek tersebut.

Naik taraf boleh dipecahkan kepada dua perkara utama:

a. Naik taraf kompleks: yang mungkin akan melibatkan kerja pembaikan/pemulihan blok sedia ada dan juga penambahan blok-blok baru.

2. Bagi tujuan khidmat nasihat teknikal, pada kebiasaannya ianya akan melibatkan kerja-kerja pembaikan/pemulihan ataupun kerja kerja ubahsuai sahaja.

b. Naik taraf ruang: melibatkan kerja-kerja pemulihan/pembaikan dan juga kerja-kerja ubahsuai.
Kerja ubahsuai pula hanya akan melibatkan perubahan ruang tanpa melibatkan kerja-kerja pembaikan ataupun pemulihan.
49,810 points 24 102 239
...