search
Log In
14 votes
73 views

Pengurusan Tapak Bina memerlukan kerjasama, komitmen, profesionalisme dan kesepakatan berpaksikan elemen kreatif dan inovatif serta mengadaptasikan idea strategik diolahkan melalui median komunikasi jitu ke arah pencapaian keberhasilan kejayaan yang gemilang dan unggul.

Pada dasarnya, pelbagai dokumentasi telah diwujudkan seperti garispanduan, pekeliling, SPB dan lain-lain yang perlu dipatuhi dalam memastikan kecemerlangan pencapaian projek. Namun tidak semua yang diimpikan menjadi realiti atau kenyataan.

Persoalannya: Apakah dokumen-dokumen yang dibangun/dikeluarkan itu berkesan? Jika YA, apa buktinya secara berfakta. Jika TIDAK, apa resolusinya atau tindakan yang telah/akan diambil? Mengapa, Kenapa dan Dimana silapnya?

Oleh itu, dalam memastikan jabatan kekal relevan, bukan sahaja hala tuju yang jelas diperlukan tetapi prinsip individu dengan menerapkan 'nawaitu' intipati jujur, amanah & keikhlasan bekerja kerana Allah SWT serta 'teamwork' bertunjangkan prinsip "Saya yang Menjalankan Amanah' serta 'Aku Janji' diperlukan dalam merealisasikan motto sebagai Jabatan Teknikal Terunggul.  

Berat sama dipikulringan sama dijinjing

in Stakeholders Management 2,550 points 13 28 44
recategorized by
2
Hai Dr.zack.

Thank you for your info..
2
Kajian dan penambahbaikan sewajarnya perlu dilakukan.

2 Answers

4 votes
Pada pandangan saya tiada silapnya dengan sistem . Tetapi 'prinsip individu ' yang Dr sebutkan mungkin  sukar untuk dicapai 200% , inilah yang menjadi kekangan  kepada impian menjadi kenyataan
4,150 points 3 15 52
4
Terima kasih atas pandangan. Walaubagaimanapun sekiranya isu 'prinsip individu' yang menjadi kekangan, semestinya perlu ada mitigasi penyelesaian yang berkesan. Usah kita biarkan hanya mempunyai dokumen yang hebat serta mantap tetapi perlaksanaannya sukar dicapai.
2 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Persoalan yang diusulkan itu telah lama tertimbul dan menjadi penyumbang kepada punca kegagalan projek. Balik pada isu dan cara untuk atasi masalah dan kelemahan yang dilakarkan dalam Fish Bone tersebut ia kekal menjadi cabaran besar buat JKR. Hakikatnya adalah how precise and detail is our data bank pertaining to the above mentioned problems. Disamping itu, adakah JKR dengan jelasnya mengagih dan merekodkan masalah tersebut dengan tepatnya bagi setiap golongan dan punca kejadian disertakan dengan frequency of occurrence.

Data-data tersebut adalah sangat penting untuk JKR bagi mengaturkan pelan mitigasi yang lebih menyeluruh dan mengaturkan konsep latihan dengan lantikan pegawai yang bersesuian. We cant get a good output dan outcome without utilizing the correct personals and the strategies. Understanding and knowing how of the process of each phase of construction is important. Maka pendedahan dan bimbingan adalah terlalu penting dalam arah mengatasi masalah tersebut. Disamping itu lantikan  jawatankuasa think-tank yang ditubuhkan itu harus merangkumi pegawai dari semua lapisan dan jurusan yang berkaitan dengan pengalaman dan pendedahan yang secukupnya.

48,740 points 106 194 351
3

Big Data is the answer.....big data and analytic as a best practices in line with the IR4.0.

As well as, there are the 3 critical essential elements for success;  

(1) People - Leader 

(2) Process - Procedure 

(3) Technology - Tools & Techniques 

 How to control & monitoring via sustainability? You need trust in order to sustain!... you can't monitor & control without planning!... 

Smiling face with smiling eyes
...