Terdapat tiga komponen utama di dalam urusan pembayaran perunding, iaitu perundingan, pengawasan tapak dan pembayaran timbal balik (reimbursable).
Utk kos perundingan ikhtisas, pengiraan adalah berdasarkan kepada scale of fees dan berdasarkan kepada output iaitu, rekabentuk, spesifikasi dan juga lukisan yang terhasil. Secara dasarnya kos perkhidmatan perundingan tidak terbabit semasa tempoh PKP.
Untuk pengawasan tapak pula, ianya adalah berdasarkan skop tugasan dan pengiraan kos adalah berdasarkan kepada man-month. Memandangkan semasa tempoh PKP kerja ditapak tidak dilaksanakan, maka keperluan tugasan di tapak juga tidak ada. Walaubagaimana pun, sekiranya perunding ada melaksanakan skop tugasan secara WFH dan tugasan ini dinyatakan di dalam lantikan perunding, maka ianya boleh dipertimbangkan.
JKR hanya mengikat kontrak dengan syarikat perunding dan bukannya dengan petugas di dalam syarikat perunding. Sehubungan dengan itu, arahan pejabat tenaga kerja hanya terpakai untuk syarikat perunding dengan pekerjanya. Pekerja boleh melapor kepada JTN sekiranya syarikat tidak membayar gaji mereka.
Bagi memberi ruang kelegaan kepada perunding yang terlibat, JKR boleh mengambil kira tempoh PKP untuk tujuan lanjutan masa perkhidmatan perunding.