search
Log In
9 votes
24 views

Paparan pada laman web JKR dilihat agak kurang menarik dimana berita-berita yang dipaparkan lambat dikemaskini atau tiada berita-berita baru setiap hari dan juga kurang berita-berita yang menyerlahkan kehebatan serta kecemerlangan jabatan. Berita yang dipaparkan perlu menjurus kepada sumbangan JKR kepada industri pembinaan di Malaysia yang mana menyerlahkan kehebatan jabatan. Elemen-elemen kehebatan dalam jabatan agak banyak tetapi perlu difikirkan/ditapis/diolah melalui kaedah atau mekanisma serta keutamaan (priority) yang terbaik untuk dipaparkan. Begitu juga dengan 'Twitter' dan 'Facebook' dimana 'posting' kurang menyerlah. Mungkin perlu ada pasukan atau 'task force' berbanding individu sahaja yang dibenarkan 'posting' demi menjamin kualiti info yang dipaparkan.

JKR juga jika boleh diwujudkan JKR TV sepertimana CIDB TV yang mana informasi yang disampaikan lebih jelas, menarik dan berinformasi ke arah teknologi pendigitalan serta IR4.0. Cadangan ini adalah selaras dengan visi dan misi jabatan sebagai agensi teknikal terunggul bertaraf dunia serta sebagai pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

Tahun 2020 ini mungkin Laman Sesawang (web) JKR perlu perubahan baru dengan imej baru serta idea-idea baru yang lebih inovatif serta kreatif bagi menarik minat untuk dilayari (meningkat rating) dan seterusnya menjadi media rujukan pelbagai pihak khususnya pemain industri pembinaan di Malaysia.

Publisiti melalui saluran television seperti TV3, RTM serta suratkhabar adalah sebahagian daripada strategi yang seharusnya digunakan melalui kaedah networking bersama wartawan-wartawan dan pengurusan stesen-stesen TV. 

in Stakeholders Management 2,550 points 13 28 44
recategorized by

2 Answers

4 votes
Betul tu Dr. Zack
670 points 1 5
3 votes

Saya amat bersetuju dgn pandangan/cadangan drpd @Dr. Zack terutamanya JKR TV . Harap pejabat berkaitan dapat meneliti perkara ini dengan lebih lanjut.

5,610 points 3 18 46
...