search
Log In
3 votes
23 views
Sistem sedia ada perlu dimaksimakan penggunaannya dan dinaiktaraf dari masa ke semasa mengikut kesesuaian. Laporan boleh diektrak daripada sistem berkenaan.
in Helpdesk 960 points 4 4 12
edited by

1 Answer

3 votes
Aspek utama yang perlu diteliti adalah sistem itu sendiri samada stabil dan memenuhi format pelaporan yang diperlukan. Pada prinsipnya, sistem yang dibangunkan akan menjana laporan dalam format tertentu yang telah dimuktamadkan lebih awal. Isu timbul apabila pelbagai bentuk format laporan diminta atau diperlukan. Dalam situasi ini, proses memuktamadkan atau penambahbaikan format laporan dalam sistem adalah diperlukan supaya dijadikan amalan terbaik.

Dalam kes lain juga, isu integriti data atau maklumat yang dimasukkan dalam sistem juga menjadi persoalan. Apabila dilakukan  'check and balance' didapati maklumat yang dimasukkan dalam sistem bercanggah dengan laporan manual menyebabkan kepercayaan (trust) serta keraguan akan timbul. Disinilah berlakunya konflik mempercayai sistem ataupun laporan manual.

Dalam era ke arah IR4.0, penggunaan teknologi sudah menjadi kemestian dan perlu ada kolektif perbincangan oleh SME. Oleh itu, pendekatan inovatif perlu diadaptasi dalam sistem agar data yang diperolehi berintegriti.
2,570 points 13 28 44
...