Berdasarkan kepada pemerhatian dan penelitian, penggunaan platform Portal JCop Cafe amat memberangsangkan. Pelbagai persoalan dilontarkan, dibincangkan dan juga pelbagai jawapan serta maklumbalas diberikan oleh ahli-ahli yang berdaftar dengan portal ini.
Namun begitu, jika diperhalusi didapati jawapan dan maklumbalas hanya diberikan oleh peserta atau ahli portal ini sahaja. Walhah isu-isu yang dibangkitkan amat logik dan rasional dijawab dengan berfakta oleh Cawangan/Bahagian/SME yang berkaitan agar jawapan yang diberikan betul dan tepat untuk dijadikan sebagai asas tindakan serta rujukan. Ini adalah perlu dalam memastikan tindakan yang diambil berlandaskan ketepatan informasi menjurus kepada keberhasilan yang ditetapkan dan juga mengelakkan kesilapan keputusan yang mungkin menyebabkan implikasi kepada jabatan khususnya kepada individu tertentu.
Tambahan pula, pihak Jabatan telah melantik JCop Cafe's Moderator mengikut bidang-bidang kepakaran yang telah dikhususkan. Diharapkan keseluruhan nama JCop Cafe's Moderator adalah yang telah dikemaskini serta terbaru dan juga berharap mereka berdaftar atau mempunyai akaun Portal JCop Cafe serta aktif agar isu/masalah dibangkitkan sampai kepada pengetahuan mereka. Mekanisma penyampaian juga mungkin perlu ditambahbaik dan diselaraskan. Mungkin sudah sampai masa JCop Cafe's Moderator dikenalpasti dan dilantik daripada kalangan kakitangan yang mempunyai skill, knowledge & experience berbanding dengan pemilihan berdasarkan penempatan bekerja di cawangan.
Oleh itu, penglibatan Cawangan/Bahagian/SME amat ditagih dalam membantu memberi tunjuk ajar serta pedoman dalam memastikan sebarang tindakan serta keputusan dibuat dengan penuh keyakinan dan penuh tawakkal kesahihannya.