Adalah menjadi satu rahsia yang diketahui ramai bahawa, pengujudan akta di bawah organisasi tersebut adalah bagi memastikan relevensi sesebuah organisasi. Tanpa sokongan akta, maka organisasi tersebut boleh dibuat sebagai bahan yang hanya diguna bila perlu.
Perlu juga ditekankan bahawa Menteri Kerja Raya adalah merupakan Menteri Kanan dan ini sahaja memberi gambaran betapa pentingnya jabatan jabatan yang bernaung di bawah KKR ini. Malangnya, kita masih lagi mengharapkan akta-akta di bawah kementerian lain sebagai punca kuasa kita. Sedangkan CIDB yang ditubuhkan pada lewat 1990'an mempunyai akta mereka sendiri. Satu usaha perlu dijalankan bagi mengenal pasti akta yang bersesuaian bagi membolehkan JKR sentiasa relevan.