search
Log In
3 votes
42 views
Secara praktik norma hampir semua agensi utama kerajaan telah terwujudnya satu akta khusus untuk setiap jabatan yang sedang beroperasi.

Apakah telah terwujudnya satu akta khusus untuk rujukan dan kegunaan KKR/JKR ikut tugas dan bidang utama yang sediada?
in Stakeholders Management 48,740 points 106 194 351

2 Answers

2 votes
 
Best answer

Setahu saya, masih belum terwujud satu akta khusus untuk rujukan dan kegunaan KKR/JKR,

Tetapi beberapa akta yang telah dikenalpasti dalam proses shortlisted untuk diangkat kepada pihak berkenaan.


Beberapa akta yang selalu digunakan untuk KKR/JKR adalah seperti :

  1. Akta 133 - Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974
  2. Akta 172 - Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
  3. Akta 333 - Akta Pengangkutan Jalan 1987
4,550 points 5 8 18
selected by
0
Terima kasih atas perkongsian......
2

Case study dan untuk dibincangkan bersama sebagai lesson learnt :-

Pada dasarnya jalan-jalan persekutuan perlu diwartakan oleh YBMKKR melalui Seksyen 3 Akta 376. Isunya bagi jalan-jalan negeri, adakah diwartakan sebagai rezab jalan negeri atau sekadar didaftarkan dibawah Marris yang boleh dikira sah daripada perundangan.

Dalam kes ini, Akta 376 juga digunakan tetapi ada sedikit misunderstanding yang memerlukan penjelasan lanjut.

3 votes
Adalah menjadi satu rahsia yang diketahui ramai bahawa, pengujudan akta di bawah organisasi tersebut adalah bagi memastikan relevensi sesebuah organisasi. Tanpa sokongan akta, maka organisasi tersebut boleh dibuat sebagai bahan yang hanya diguna bila perlu.

Perlu juga ditekankan bahawa Menteri Kerja Raya adalah merupakan Menteri Kanan dan ini sahaja memberi gambaran betapa pentingnya jabatan jabatan yang bernaung di bawah KKR ini. Malangnya, kita masih lagi mengharapkan akta-akta di bawah kementerian lain sebagai punca kuasa kita. Sedangkan CIDB yang ditubuhkan pada lewat 1990'an mempunyai akta mereka sendiri. Satu usaha perlu dijalankan bagi mengenal pasti akta yang bersesuaian bagi membolehkan JKR sentiasa relevan.
49,810 points 24 102 239
0
Terima kasih atas penerangan.
...