search
Log In
2 votes
38 views
Wajarkah pentadbir kontrak terus membuat bayaran tanpa persetujuan daripada kontraktor yang dikenakan APD supaya tidak melebihi tempoh pengesyoran dan perakuan bayaran?
in Contract Management 960 points 4 4 12

1 Answer

4 votes

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Pada pandangan saya, ianya wajar apabila :

1. APD tersebut adalah merujuk kepada item yang berulang, langkah pengawalan dan perbincangan telah dilakukan sebelum ini dan pihak syarikat telah jelas akan kesan keingkaran.

2. Ianya merupakan APD di dalam interim yang mana telah jelas skop dan kaedah pencegahan serta kaedah kerja yang berkesan.

3. Memberi kesan/impak yang besar kepada pihak klien/pelanggan. APD & KPI mestilah selari dalam mencapai hasrat /objektif klien.

4. Item yang berulang di dalam setiap interim dan tiada tindakan dibuat oleh syarikat dalam menangani dan menutup APD tersebut.

5. Sebagai peringatan kepada pihak syarikat dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkesan kepada pihak Kerajaan. Alat pengukur dalam menentukan prestasi sebenar syarikat.

Tidak wajar apabila:

1. APD tersebut merupakan APD di dalam Interim Pertama.

2. Tiada perbincangan di antara pihak berkontrak dalam mengetahui punca dan cara mengatasi masalah tersebut.

3. Tiada jalan penyelesaian dapat dibuat dalam menyelesaikan item tersebut, pihak syarikat, klien dan pihak Pegawai Penguasa.

Sekian pandangan saya, semoga ianya dapat membantu perkhidmatan yang berkesan. terima kasih.

2,090 points 5 15 29
...