search
Log In
3 votes
45 views
Penyediaan Program Kerja Asal kontraktor pada peringkat awalnya adalah baik. Ketika dalam tempoh kontrak, terdapat pemberian lanjutan masa (EOT) dan Program Kerja Asal perlu dibuat pindaan termasuk unjuran RKK RKF.

Ketika proses ini, terdapat beberapa kontrak yang gagal mengemaskini SKALA kerana terdapat kelewatan penyerahan Jadual Perancangan Kerja (pindaan selepas pemberian EOT) oleh kontraktor.

Disebabkan itu, aliran SKALA akan tersangkut (unjuran RKK RKF tidak dimasukkan selepas pemberian EOT dan akan wujud isu penyediaan interim secara manual jika isu ini tertunggak 1-2 bulan) yang mana akan menyukarkan semua pihak.

Adakah terdapat cadangan atau tindakan bagi mengatasi permasalahan ini?

Terima Kasih.
in Project Management 420 points 1 4 9
retagged by

1 Answer

2 votes

Pada pandangan naif saya:

Pemberian EOT kepada mana-mana kontrak adalah dibenarkan dengan syarat-syarat EOT seperti yang terkandung pada Klausa 43.0 di dalam COC 203A Rev.1/2020. Pemberian ini menunjukkan ada perkara kelambatan daripada pihak JKR mahupun Pelanggan. Bagi menggantikan kerugian masa yang dialami oleh pihak Kontraktor, EOT diberikan kepada mereka.

Namun begitu, seperti yang pihak Tuan sedia maklum terdapat panduan yang telah disediakan oleh JKR Malaysia dalam memberi lanjutan masa ini iaitu boleh merujuk kepada Panduan Pemberian Lanjutan Masa Bagi Kontrak & Tatacara Kelulusan Jawatankuasa Kelambatan dan Lanjutan Masa. Bagi mengatasi kelambatan dalam mengemaskini SKALA disebabkan kelewatan menerima Pindaan Program Kerja oleh pihak Kontraktor, saya mencadangkan supaya Lanjutan Masa diberikan adalah berdasarkan Program Kerja Kontraktor iaitu selari dengan panduan pada item 2.3 (c) yang mana pemberian lanjutan masa kepada Kaedah Laluan Genting (Critical Path Method)

Seperti yang saya praktikkan sebelum ini, semua permohonan lanjutan masa oleh pihak kontraktor perlu mengemukakan Baseline Work Program dan Delay Event Work Program. Delay Event Program ini perlu dibuat pada Baseline Program supaya tiada tarikh-tarikh selain daripada tarikh baseline. Dalam tersebut pihak kontraktor perlu menyatakan isu kelambatan dan tarikh kelulusan/kebenaran diterima daripada pihak JKR dan perlu disemak samada tarikh dan tempoh yang dimasukkan adalah tepat. Dari situ, sekiranya kerja tersebut adalah (Total Slack=0),tarikh tamat kontrak akan teranjak kepada tarikh yang baru. Jika tiada anjakan pada tarikh tamat kontrak bermakna kerja tersebut adalah concurrent activity. Sekiranya telah selesai dan tarikh anjakan (lanjutan masa) dipersetujui, program tersebut terus dijadikan pindaan program kerja dan tidak perlu dikemukakan yang baru kerana kerja yang dinyatakan adalah sama sekiranya tiada tambahan kerja dimasukkan. Setelah itu, pindaan RKF dan RKK boleh dibuat di SKALA dan tiada kelewatan didapati.

Sekiranya pihak Tuan memerlukan penjelasan yang lebih terperinci, boleh berhubung di private message.

Sekian, terima kasih.

13,830 points 4 33 92
...